Isu kad ATM baru yang mempunyai fungsi pay Wave nampaknya kini hangat diperkatakan, ada yang menyatakan kad berkenaan adalah tidak selamat di mana mereka yang mempunyai niat tidak baik dapat mencuri duit yang ada dalam bank kita tanpa kita sedari.
Ramai mereka diluar sana menyatakan amat risau dengan perkara ini, ada yang sehingga mahu mematikan fungsi Pay Wave yang ada pada kad mereka.
Betulkah orang lain boleh mencuri duit kita hanya dengan menggunakan aplikasi telefon? jom baca penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia ini di mana kata mereka kad Pay Wave merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat.
Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.
Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:
(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’
Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.
Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.
Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Bank Negara Malaysia
18 January 2017
Kad tanpa sentuhan yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat. Keselamatan kedua-dua kad pembayaran dan PIN adalah tanggungjawab pemegang kad.
Pemegang kad haruslah memaklumkan kepada pihak bank dengan kadar segera, sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau nombor PIN terdedah, atau terdapat urus niaga tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Sumber Isu "Penyeluk Saku Digital", Bank Negara Tampil Nafi Dan Jelaskan Ciri-Ciri Keselamatan Kad PayWave
Tags:
TerkiniInfo