Kalaulah lagu Dirgahayu masuk Anugerah Juara Lagu, agaknya Faizal Tahir akan nyanyi tak? Ini jawapan beliau

Kemenangan Faizal Tahir di ERA Digital Muzik Awards (ERADMA 2016) Rabu lalu bagi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 dilihat sebagai satu signal positif bahawa penyanyi yang kini popular menenrusi lagu Sejati itu kekal relevan di kalangan pencinta muzik tanah air semasa.

Kalaulah lagu Dirgahayu masuk Anugerah Juara Lagu, agaknya Faizal Tahir akan nyanyi tak? Ini jawapan beliau

Kalaulah lagu Dirgahayu masuk Anugerah Juara Lagu, agaknya Faizal Tahir akan nyanyi tak? Ini jawapan beliau

Mengakui gembira dan terharu di atas kemenangan hasil undian dari pendengar stesen radio Era FM itu, Faizal yang ditemui memberitahu;

“Terima kasih buat peminat dan penyokong. Lebih 10 tahun dalam industri, saya fikir sudah tidak relevan lagi. Tapi bila dapat anugerah ini yang dikira menerusi undian, alhamdulillah,” kata Faizal yang sempat mengucapkan sesuatu kepada anak didiknya, Elizabeth Tan yang bakal beraksi di final Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) Ahad ini menerusi lagu Setia, duet bersama Awi Rafael.

“Saya ada berikan dia beberapa tips, terpulang pada mereka untuk lakukan apa yang diinginkan. Saya bantu sekadar yang termampu. All the best,” ucap penyanyi ini yang sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai lagi AJL buat masa ini.

“Bertanding itu tidaklah kot. Tapi kalau sebagai penyanyi jemputan atau apa saja cara lain yang boleh saya bantu, sudah tentu saya akan sokong.

Ditanya adakah dia akan kembali sertai AJL sekiranya Datuk Siti Nurhaliza mahu ke AJL jika Dirgahayu dicalonkan lalu menjadi finalis AJL akan datang, ini jawapan ringkas Faizal;

“Rasanya Datuk Siti pun ‘tak on’ kot,” katanya berseloroh.

Sumber: Media Hiburan



Sumber Kalaulah lagu Dirgahayu masuk Anugerah Juara Lagu, agaknya Faizal Tahir akan nyanyi tak? Ini jawapan beliau

Post a Comment

Previous Post Next Post