Kami tiada niat jual muka tukang masak yang cantik ini, tapi memang asam pedas dimasaknya sedap

Bukan kerana rupanya yang menawan tetapi memang asam pedas yang disediakan tukang masak ini sedap, kata pemilik restoran selepas foto wanita itu tersebar.

Kami tiada niat jual muka tukang masak yang cantik ini, tapi memang asam pedas dimasaknya sedap

Kami tiada niat jual muka tukang masak yang cantik ini, tapi memang asam pedas dimasaknya sedap

Gadis tersebut, yang juga seorang rakannya, Razlinda Rohaizad dirakam sedang memasak di dapur restoran Dapur Kak Poo di sini dan dimuatkan di Facebook beberapa hari lalu.

“Kami tidak pernah berniat cuba ‘menjual’ paras rupanya. Dalam tempoh dua minggu beroperasi, kami bersyukur kerana gerai dikunjungi lebih 50 pelanggan setiap hari.

“Semuanya kuasa media sosial kerana selepas berita gerai makan kami tular, kami tidak menang tangan melayan pelanggan,” kata pemiliknya Faizal Musa Kuti kepada Harian Metro.

“Malah, sejak gambar Razlinda memasak tular di Facebook, gerai itu semakin dikenali ramai.”

 

Beliau menjelaskan ada juga pelanggan datang untuk melihat gadis itu memasak, selain mencuba hidangannya. Namun tiada yang berani mengganggu, katanya lagi.

Faizal juga berkata asam pedas ikan merah menjadi menu paling digemari ramai di kedai makannya.

“Asam pedas kami menggunakan resipi ibu saya yang kini tinggal di Pandan dan kami turut menawarkan 30 jenis masakan kampung,” katanya, bekas pengurus restoran makanan segera di Singapura.

Sumber: Malay Mail



Sumber Kami tiada niat jual muka tukang masak yang cantik ini, tapi memang asam pedas dimasaknya sedap

Post a Comment

Previous Post Next Post