CEMBURU kerana muka rakannya bertambah cantik selepas melakukan pembedahan plastik, seorang wanita telah menyerang dan mencederakan wajah rakan baiknya itu hingga mengakibatkan parut.
Mangsa, Tian, ketika menceritakan perkara itu berkata, rakannya, Hu, merupakan rakan serumahnya sejak lima tahun lalu dan dia melakukan serangan berkenaan supaya Tian terpaksa menjalani semula pembedahan plastik.
Tian sebelum itu telah menghabiskan wang sebanyak RM38,000 untuk menjalani pembedahan plastik di Hangzhou, China.
Dia yang berasal dari Guizhpu berkata, selepas pembedahan itu wajahnya menjadi cantik dan dia berpuas hati kerana memiliki mata yang bundar, hidung tinggi serta wajah yang putih.
Bagaimanapun kata Tian, Hu telah menyerangnya hinggakan mukanya mengalami parut yang serius.
“Dia tua dan hodoh,’’ kata Tian dalam keadaan marah ketika ditemubual stesen televisyen.
Sementara Hu pula berkata, Tian juga telah menyebabkannya cedera dan turut mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan dada.
Hu memberitahu, dia naik angin dengan Tian kerana mengejeknya sebagai miskin namun enggan mengulas sama ada dia sengaja mahu mencederakan muka Tian.
Kes itu telah dilaporkan kepada polis dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Wanita serang sahabat sendiri kerana cemburu wajahnya bertambah cantik lepas buat pembedahan plastik