Kesal Sang Lelaki - "Isteri Buat Persediaan Melahirkan Sendiri, Termasuk Memandu Sendiri Ke Hospital Untuk Bersalin"


Lumrah bagi lelaki, apabila masih belum dapat, macam-macam yang dilakukan untuk memenangi hati wanita. Bila sudah dapat, wanita pula jenis sangat berdikari, dibiarkan saja wanita itu melakukan segala-galanya seorang diri.

Ini ialah kisah mengenai seorang lelaki yang terlalu sibuk dengan kerjaya, dan membiarkan isterinya melakukan segala-galanya seorang diri atas alasan dia mampu melakukannya. Dan ia juga menyebabkan isterinya itu akhirnya meninggalkannya.


Ikuti kisah beliau:
Assalamualaikum admin. Thanks siarkan cerita saya tetapi tolong hide profile ini ya sebab saya pinjam kawan punya. Baru-baru ini viral kisah suami-suami sekarang terlalu selesa biarkan isteri-isteri mereka hidup berdikari. Dan ianya sangat terkena pada batang hidung saya. Sudah sebulan saya ditinggalkan isteri.
Saya ceritakan sedekit detik awak perkenalan kami. Kami berumur 27 tahun, kenal hampir lima tahun sewaktu zaman belajar lagi. Lepas setahun habis belajar kami kahwin. Perkahwinan hanya bertahan selama dua tahun atas kelalaian saya sendiri.

Perhubungan jarak jauh

Dia memang seorang wanita yang sangat baik, cantik, lemah lembut semua la ciri-ciri ada pada dia. Semasa bertunang, kami masih perhubungan jarak jauh (PJJ), saya di Kedah si dia di Johor. Kami memang jarang berjumpa, tak macam pasangan PJJ lain yang mesti akan bergayut 24 jam. Tetapi tidak bagi kami. Saja nak bagi ruang antara satu sama lain.
Lagi dua bulan nak kahwin si dia nekad berhenti kerja dengan alasan nak ikut saya bila kahwin nanti. Rezeki dia murah, lepas sebulan mengganggur terus dapat kerja yang agak bagus juga di Kedah ini.
Dan kami pun berkahwin, malangnya selepas empat bulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja lebih bagus yang memerlukan saya untuk pergi training selama enam bulan.
Pada mulanya si dia agak keberatan kerana tak sanggup nak berjauhan dengan saya. Dia mula mengungkit yang dia sanggup berhenti kerja untuk sentiasa dekat dengan saya tambahan pula dia tengah mengandung ketika itu dua bulan.


Isteri buat persediaan melahirkan sendiri

Untuk tiga bulan pertama pula tak boleh berjumpa ketika training. Itu lagi membuatkan dia susah untuk lepaskan saya pergi. Tetapi setelah berbincang dan demi untuk masa depan kami sekeluarga akhirnya dia bersetuju. Kami menyewa rumah yang berdekatan dengan keluarga saya, jadi saya tidaklah begitu risau meninggalkan dia seorang diri dirumah.
Sepanjang tempoh tiga bulan, dia seorang diri pergi check-up kandungan dia di klinik. Saya masih boleh menggunakan telefon cuma tak boleh keluar dari training. Kadang-kadang dia telefon saya tetapi saya selalu tak dapat nak angkat atas faktor sibuk. Tetapi lepas tak sibuk saya juga selalu lupa nak telefon dia balik.
Kadang-kadang saya terlupa nak tanya keadaan dia dan kandungan selepas dia check-up walaupon sebenarnya saya sangat excited untuk jadi bapa.
Lepas bulan empat, saya boleh pulang ke rumah tetapi saya menghabiskan masa di tempat kerja sebab memang banyak paperwork yang perlu saya siapkan. Untuk pengetahuan semua, saya memang tiada scandal dengan mana-mana perempuan kerana niat saya kerja kerana Allah Taala saja. Dia selalu telefon suruh saya balik, bukan tak rindu tetapi saya sangat pentingkan kerja.
Dipendekkan cerita, dalam masa enam bulan training hanya lima kali saya balik jumpa dia itu pun hanya bermalam dua-tiga hari. Bila habis training, tahu-tahu saja perut dia dah besar dan tunggu hari saja.
Pernah suatu pagi saya dapat banyak misscall dari dia, masa tu saya tengah meeting. Sampai la ke malam bila dia telefon saya, kami borak seperti biasa. Sebelum akhiri perbualan, dia tanya:
“Hubby langsung tak tanya sayang kenapa telefon banyak kali pagi tadi? Hubby tau tak kereta saya rosak tengah jalan. Sayang tau hubby jauh tak guna pun kalau telefon bukannya hubby boleh datang, nasib baik ada seorang laki budiman yang sedia membantu. Sayang kecik hati sangat dengan hubby sebab hubby langsung tak telefon semula tanya kenapa telefon banyak? Tolonglah prihatin sikit, walaupun saya boleh buat semua benda sendiri tetapi sayang sangat perlukan hubby. At least tanya keadaan sayang dan bayi macam mana?”
Dia juga pernah pergi beli barang-barang persediaan bayi seorang diri dengan perut yang memboyot. Dia ajak saya tetapi tak kena masa disebabkan dia pandai berdikari saya izinkan dia pergi seorang diri.

Isteri memandu sendiri dalam kesakitan untuk lahirkan anak

Dipendekkan cerita, sewaktu hendak melahirkan bayi pertama kami, saya hanya sempat ke hospital selepas dua jam dia selamat melahirkan.Dia memandu sendiri ke hospital dalam keadaan sakit kerana ketika itu saya ada meeting dengan orang atasan.
Selepas habis pantang, dia mula kerja dengan keadaan diri yang semakin lawa. Bentuk badan tetap maintain macam anak dara. Yelah, dia dah sarat pun jika pandang dari belakang seperti orang tak mengandung saja.
Tetapi saya langsung tak risau disebabkan saya begitu yakin cinta dan sayang dia hanya untuk saya begitu juga saya, saya kerja keras sebelum ini memang untuk dia dan anak kami. Tetapi saya silap, dia sudah pandai bermain cinta dengan lelaki yang banyak tolong dia semasa saya tiada.

Isteri jalin hubungan dengan lelaki yang sering membantunya

Lepas kantoi dan dia mengaku. Saya bebetul kecewa sebab dia curang dengan saya. Dia meluahkan semua isi hatinya selama hidup dengan saya, dia selalu makan hati berulam jantung memendam perasaan.
Dia cakap saya membuatkan dia rasa tanpa saya di sisi, hidup dia masih boleh diteruskan. Dia boleh memandu makan apa-apa yang dia idamkan semasa mengandung seorang diri, dia boleh shopping baju bayi sendiri, dia boleh pergi hospital sendiri.
Dan saya, selalu terlupa nak tanya aktiviti harian dia yang seorang diri tanpa saya. Dah makan ke belum, dah pergi kerja ke belum. Jadi apabila ada seorang lelaki yang mengambil berat, sudah tentu dia akan cair.

Si suami baru tersedar

Setelah mendengar segala isi hati dia saya baru tersedar selama ini saya memang tak mengambil berat sangat tentang dia. Ini semua sebab saya yakin, dia seorang yang berdikari namun saya terlupa dia juga sangat memerlukan saya sebagai pelindung. Walaupun setiap bulan saya tak pernah lupa untuk beri nafkah RM400 tetapi itu semua tak bermakna jika tidak diberikan nafkah kasih sayang.
Jadi saya nak nasihatkan para suami. Tolonglah jangan biarkan isteri anda menguruskan rumahtangga sendiri walaupun dia memang pandai berdikari tetap hati seorang isteri sangat perlukan layanan, ambil berat, dari suami. Saya tau dia juga follow page KRT ini sebab dia selalu tag nama saya di masalah-masalah yang berkaitan tetapi saya hanya like post dia tanpa membaca.
Sekarang bila saya baca satu persatu apa-apa yang dia tag nama saya, saya sangat menyesal sebab tak ambil peduli. Kadang-kadang suami ini malu bila isteri post dan tag nama mereka, tetapi ketahuilah mereka hanya inginkan perkahwinan yang bahagia dengan kita.
So kepada awak, saya tau awak memang tengah merajuk dengan saya. Dah sebulan ini, marilah kembali kerumah kita. Saya tak kuat tanpa awak. Saya janji saya akan jaga awak dan anak kita dengan penuh kasih sayang.
Thanks semua sudi baca. Doakan dia kembali cepat pada saya ya.
Kata orang, kita selalu tak tahu apa sebenarnya yang kita ada, sehinggalah kita kehilangannya.
Rasanya, ramai suami seperti ini. Anda bertuah kerana isteri anda boleh melakukan segalanya sendiri, dan boleh hidup tanpa nafkah zahir dari anda. Anda fikir beri wang setiap bulan sudah mencukupi, dan mengabaikan keperluan emosi isteri.
Perhubungan seperti itu ibarat pohon dalam pasu yang tidak disiram dan dibaja, akhirnya akan mati. Jadi lakukanlah sesuatu sebelum kehilangan. –amazingnara.com

Sumber: Kisah Rumah Tangga


Sumber Kesal Sang Lelaki - "Isteri Buat Persediaan Melahirkan Sendiri, Termasuk Memandu Sendiri Ke Hospital Untuk Bersalin"

Post a Comment

Previous Post Next Post