Seorang pengguna Facebook, Nurul Shafeena, telah terserempak dengan seorang wanita tua di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Mentakab, Pahang.
Dia telah megambil kesempatan berbual dengan wanita yang digelar ‘Mok’ untuk mengetahui apa tujuan sebenar Mok berada di situ. Apa yang diceritakan oleh Mok kepada Shafeena ialah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Tunggu keretapi ke Gua Musang dari pagi
Kisah nenek ni.
Petang tadi di stesen KTM jumpa nenek ni, tengok dari jauh. Kasihan sangat tengok, tengok dia baring di stesen, lepas itu ada orang terlanggar tong sampah dan terkena dia.
Aku pun tolong pergi angkat sekali, masa itu dia tengok aku. Senyum saja. Aku pun senyum, kerana masa itu sibuk tak sempat nak berbual.
Lepas dah selesaikan kerja, tengok nenek ni ada lagi di stesen, tanya dia nak pergi mana? Dia cakap nak pergi Gua Musang, tiket keretapi pukul 3.00 pagi, dan dia dari pagi duduk di stesen itu.
Bayanglah, dia nak tunggu pukul 3.00 pagi sseorang diri. Selepas itu dah mula berbual panjang dengan dia. Bila dengar apa dia cakap, sangat-sangat terkilan.
Bawa RM 25 keluar dari rumah anak dan menantu
Nenek ni dari Kuantan ke Mentakab, naik teksi. Berbekal duit RM 25 saja. Tambang teksi masa itu RM 85. Dia bagi semua duit dia, dia cakap dia tak ada duit.
Bila tanya rupanya dia kena halau dengan anak dia dan menantu dia. aku jumpa dia masa itu dah petang. Aku cakap anak-anak Mok tak ada yang tau ke Mok ada sini?
Dia suruh aku panggil dia Mok. Dia cakap tak ada seorang pun tahu. Aku minta nombor waris dia kalau-kalau ada. Dia cakap tak ada.
Aku tanya dah makan? Dia cakap dia ada RM 5 saja, itu pun orang sedekah, dan dia tak tahu nak minta tolong siapa untuk belikan makanan.
Dihalau anak dan menantu, didera
Dia kena halau, dia cerita apa yang menantu dia buat. Menantu dia sepak dia, sampai bengkak lutut.
Main ketuk-ketuk kepala benda itu dah biasa dia cakap. Masa dia cerita dia tak nangis.
Tapi aku masa itu dah sebak, bila aku ajak duduk sekali dengan aku, terus dia nangis.
Sambil peluk-peluk aku, dia cakap bukan nak minta simpati. Dia boleh duduk sini. Dia tak nak menyusahkan orang,.
Sampai hati ke kamu semua nak biarkan nenek ini, jalan pun tak berapa, mata pun dah tak nampak. Pendengaran pun kurang. Sanggup ke biar malam-malam seorang diri ?
Dia menangis sebab ada orang sudi tolong dia. TAK lekang mulut dia sebut Alhamdulillah. Aku sedih, sedih sangat. Tak paham kenapa ada manusia yang sanggup buat orang tua macam ni.
Dera mak sendiri, nenek ini nak jalan pun tak larat, terpaksa keluar seorang diri. Telefon tak ada.
Mok serahkan pada Allah…
Dia cakap dia tawakal jer, dia duduk rumah itu, dia banyak menangis. Dia pun bersyukur dapat keluar dari rumah itu.
Allah Allah, sedih sungguh dengar kisah nenek ni. Semoga Allah jaga Mok. Mok cakap, Allah ada dengan kita, Mok tak ada apa-apa. Mok tahu Allah tolong, buat apa kita nak takut, Mok tawakal dengan perjalanan Mok yang tak bawa apa-apa, Allah ada tolong Mok.
Sekadar perkongsian. Allah temu kan saya dgn Mok, Mungkin Allah nak menegur, semoga Allah lindungi Mok. Amin.Bagi penulis, sikap anak Mok sendiri ialah sesuatu yang sukar diterima. Mengapa sanggup menghalau ibu yang melahirkan anda seperti itu, sedangkan dia ibu yang melahirkan anda?
Namun ini ialah cerminan moraliti dalam masyarakat kita, di mana sikap hormat kepada ibu dan bapa semakin terhakis apabila kehidupan kita menjadi semakin maju dan moden.
Semoga Mok selamat pulang ke Gua Musang dan dapat hidup dengan lebih tenang di sana.
Selebihnya, dia sendiri sudah menyerahkannya kepada Allah. Doakan kesejahteraannya.-amazingnara.com
Sumber: Nurul Shafeena
Sumber Kisah Sedih Seorang Nenek Didera, Dihalau Anak Dan Menantu
Tags:
TerkiniInfo