Kini Mahasiswa dibenarkan rehat selama setahun dalam Program Gap Year

Mahasiswa di 8 universiti awam akan dibenarkan menangguh pengajian selama setahun untuk melakukan kerja sukarelawan bagi menimba ilmu dan pengalaman mulai September ini, kata menteri pendidikan tinggi.

Program Gap Year

Program Gap Year

Datuk Seri Idris Jusoh yang dipetik Oriental Daily berkata, ia susulan pelaksanaan Program Gap Year bagi pelajar tahun ke-2 dan ke-3.

Beliau berkata, mahasiswa terbabit boleh meneruskan pengajian mereka selepas program itu selesai dan mereka tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Katanya, sepanjang tempoh “rehat” setahun itu, mahasiswa boleh menjalankan kerja sukarelawan sama ada di dalam atau luar negara.

“Mereka ada banyak pilihan, mereka boleh bekerja dalam bidang yang diminati atau agensi kerajaan seperti pasukan polis, tentera mahupun Jabatan Imigresen, melancong, melukis atau duduk di kampung halaman,” katanya pada majlis Amanat Tahun Baharu 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Menurut laporan akhbar itu, 8 universiti awam yang menyertai program itu termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Beliau yang ditemui selepas majlis itu berkata, akan ada lebih banyak universiti mengambil bahagian dalam program itu.

 

Sumber: FMT



Sumber Kini Mahasiswa dibenarkan rehat selama setahun dalam Program Gap Year

Post a Comment

Previous Post Next Post