Di sebuah petang yang indah dan angin bertiup lembut, pintu rumah kami sentiasa terbuka menanti kehadiran insan bernyawa. Okay, cukup dengan pembukaan seperti dalam novel.
Hari ini kami mahu kongsikan dengan anda bagaimana kami terjebak untuk makan nasi lemak babi. No regret. No regret at all. Semuanya bermula sebab lapar.
Semalam kami jumpa rakan lama yang telah lama tidak jumpa maka bila hari semakin lewat petang, pertanyaan yang terkeluar ialah – nak makan mana? Ada tempat best?. Kedai yang kami mahu pergi pula hanya buka pada sebelah malam sahaja.
Jawapan yang ada perkataan babi ketika itu memang buat kami terkejut tapi dalam masa yang sama, selepas dengar apa yang dia beritahu, memang mahu cuba juga.
Naik kereta, terus pasang apps Waze dan tulis Nasi Lemak Babi. Ada! Excited pula ketika itu dan kami pun ikut suara Waze yang bawa kami.
Sampai saja, meja kebanyakannya sudah penuh dan pelbagai bangsa makan di sini. Oh, rupanya mamak yang mengendalikan perniagaan di sini. Mata nakal pergi cari babi sambil pandang dapur. Tak jumpa.
Masa kami tangkap gambar untuk masuk dalam review ini, tengah berdiri lagi. Kemudian ada mamak tanya, mahu makan apa dan minum apa. I tell you what, if kita kira 1 sampai 10, belum habis kira, nasi lemak sudah siap sampai atas meja. Super pantas!
Kami dihidangkan dengan nasi lemak. Okay, kepada anda yang mencari babi di dalam gambar nasi lemak ini mungkin tidak jumpa kerana ia hanya ada ayam dan telur.
Nama Nasi Lemak Babi ini sangat sinonim bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya terutama sekali di Kelana Jaya. Nama tersebut adalah kerana di penjuru satu lagi kedai, terdapat kedai Bak Kut Teh. Jangan risau, kedai Bak Kut Teh jauh.
Sebab seronok sangat makan, kami pun tidak pasti sama ada kedai ini ada nama yang rasmi atau tidak. Ayam rempah yang ada di sini, digoreng dengan sangat baik. Oh, di sini juga adalah lubuk penggila indo mie. Simple tapi memang layan habis.
Kami tidak sempat order indo mie sebab jaga badan, katanya. Jika tanya kami apa yang best di kedai ini, ialah sambal dia. Mamak punya sambal berbeza dengan sambal nasi lemak Melayu.
Sambal dia ada manis-manis masam dan ia sangat sebati dengan nasi lemak yang memang dimasak dengan baik. Mungkin ada yang suka sambalnya, mungkin ada yang tidak. Kemudian timun yang dihiris nipis-nipis itu memang menarik betul. Berikut merupakan harga hidangan yang kami makan semalam:-
Nasi Lemak Telur dan Ayam – RM 5 (Berbaloi sangat-sangat!)
Nasi Lemak Telur – RM 2.50
PESANAN:
+ Jika anda ke sini, tolonglah jangan tersasul order dengan mamak di situ Nasi Lemak Babi pula. Ya, kami tersasul.
+ Sambal yang dihidangkan tidak berapa pekat (tapi layan) dan jika mahu lebih, cakap awal-awal
+ Air paling sempurna untuk dipesan sekali ialah limau ais
LOKASI: Petaling Jaya’s Seapark (SS21/11B), berhampiran bangunan Maybank
Sebenarnya ada juga yang memanggil nama kedai ini sebagai Nasi Lemak Maybank/ Nasi Lemak Bumbung tapi biasalah, lagi pelik nama, lagi orang senang ingat. Tempat pun tidak terlalu ramai (jika datang awal sekitar jam 8.30 malam dan bukan hari minggu).
Jika ada jumpa nama gerai makan pelik-pelik dan mahu kami review, tinggalkan nama dan lokasi kedai tersebut di bahagian komen.
Sumber: Vitdaily
Sumber Kisah di sebalik Nasi Lemak Babi di Petaling Jaya