Aiman Tino dedah hampir setiap minit terima mesej dari peminat, terutama dari gadis-gadis

Aiman Tino, 18, mengakui hampir setiap minit menerima mesej daripada peminat di laman sosial Instagram, terutamanya di kalangan gadis.

Bukan hendak berbangga atau mendabik dada, Aiman sebaliknya memberitahu beliau cuba melayan peminat dengan berhemah dan sama-rata.

Begitupun dedah remaja ini, tidak kurang juga di kalangan pengikut beliau yang meminta nombor telefon peribadinya.

Aiman Tino dedah hampir setiap minit terima mesej dari peminat, terutama dari gadis-gadis

Aiman Tino dedah hampir setiap minit terima mesej dari peminat, terutama dari gadis-gadis

“Kalau mereka bertanyakan soalan yang dilihat ‘berlebihan’, memang saya takkan membalasnya, malah saya abaikan saja mesej sebegitu. Namun, jika ada mesej patut saya balas, termasuk yang bertanyakan mengenai perkembangan atau aktiviti seni, saya akan berbuat demikian,” katanya.

Penyanyi Ku Rela Dibenci itu berkata demikian ketika ditemubual selepas mengadakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) menerusi program Dari Bilik Sebelah, yang disiarkan menerusi YouTube TV3.

Ditanya apakah dirinya turut menerima mesej berbaur lamaran daripada peminat, Aiman memintas dengan menyatakan belum masanya beliau memikirkan soal berkenaan.

“Jauh lagi perjalanan saya sebelum memikirkan untuk bercinta atau berkahwin. Jadi, saya memang tidak pernah terfikir atau terlalu mengambil pusing soalan sebegitu,” katanya yang mencetus fenomena apabila lagu ciptaan ibu bapanya itu mendapat sambutan hangat peminat.

Mengenai percubaan sulung di pentas AJL, Aiman bersyukur mendapat peluang yang dianggapnya cukup indah sekalipun tuah belum berpihak kepadanya untuk membawa pulang sebarang trofi.

“Pada usia semuda ini, masih jauh lagi perjalanan saya. Saya anggap diri cukup bertuah dapat sama-sama bersaing di pentas AJL31 ini. Saya juga berharap bakat baharu seperti saya akan terus mewarnai persada seni, termasuk di AJL,” katanya.

Selepas Ku Rela Dibenci, Aiman kini muncul dengan single kedua berjudul Permata Cinta, hasil karya komposer baharu, Apit.

Sumber: Bharian



Sumber Aiman Tino dedah hampir setiap minit terima mesej dari peminat, terutama dari gadis-gadis

Post a Comment

Previous Post Next Post