La La Land Ungguli Tujuh Anugerah Golden Globe

La La Land Ungguli Tujuh Anugerah Golden Globe

Emma Stone menang anugerah Aktres Terbaik manakala Ryan Gosling menerima anugerah Aktor Terbaik. (Gambar: nbcuniversal dan USAtodaynetwork)

Filem muzikal, La La Land dibintangi Ryan Gosling bersama Emma Stone sebagai teraju utama mengungguli kemenangan pada majlis anugerah Golden Globe Ke-74 yang berlangsung hari ini. Tujuh anugerah berjaya dibolot filem ini termasuk empat kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik (Gosling) dan Aktres Terbaik (Stone).

Laporan New York Times menyatakan mengikut sejarah acara berprestij itu, tiada filem yang menang lebih daripada empat anugerah sejak tahun 1979 selepas filem Midnight Express menang enam anugerah pada ketika itu. Kemenangan besar La La Land juga dianggap pecah rekod selepas mendominasi pencalonan pada majlis anugerah kali ini.

Ketika menerima anugerah Aktor Terbaik, Gosling menyatakan penghargaan kepada Eva Mendes kerana ketika dia menyanyi dan menari untuk filem itu, isterinya itu membesarkan anak perempuan mereka dalam keadaan mengandung anak kedua dan berusaha membantu mendiang abangnya melawan kanser pada ketika itu.

Variety pula menyatakan La La Land muncul sebagai karya tanpa sebarang keuntungan ketika studio di Hollywood kurang menerbitkan filem muzikal pada masa ini. Menariknya, pengarah filem ini, Damien Chazelle mengambil keputusan menyakinkan pengedar filem, Lionsgate untuk mengambil peluang dan risiko terhadap filem ini.

Stone yang pertama kali menang anugerah tersebut menyatakan filem ini dihasilkan untuk mereka yang mempunyai impian selepas terjaga daripada berdepan rintangan yang dihadapi manakala harapan dan kreativiti menjadi dua perkara penting yang menggambarkan filem ini.

Sementara itu, filem Malaysia, Redha atau judul antarabangsa, Beautiful Pain arahan Tunku Mona Riza yang dipilih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mewakili negara ke acara tersebut dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik tewas pada filem Elle dari Perancis.

Senarai sebahagian pemenang:

1. Filem Terbaik - La La Land
2. Pengarah Terbaik -  Damien Chazelle (La La Land)
3. Aktor Terbaik - Ryan Gosling (La La Land)
4. Aktres Terbaik - Emma Stone (La La Land)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Viola Davis (Fences)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Aaron Taylor-Johnson (Nocturnal Animals)
7. Lakon Layar Terbaik - Damien Chazelle (La La Land)
8. Filem Animasi Terbaik - Zootopia
9. Filem Bahasa Asing Terbaik - Elle (Perancis)
10. Skor Asal Terbaik - Justin Hurwitz (La La Land) 
11. Lagu Asal Terbaik - City Of Stars, Justin Hurwitz (La La Land)
12. Siri Televisyen - Drama Terbaik - The Crown 
13. Siri Televisyen Terbaik - Muzikal/Komedi - Atlanta
14. Siri Televisyen/Filem Televisyen Terbaik - The People v. O.J. Simpson: American Crime Story
15. Aktres Terbaik Siri/Filem Televisyen - Sarah Paulson (The People v. O.J. Simpson: American Crime Story)
16. Aktor Terbaik Siri/Filem Televisyen - Tom Hiddleston (The Night Manager)
17. Aktres Terbaik Siri Televisyen - Drama - Claire Foy (The Crown)
18. Aktor Terbaik Siri Televisyen - Drama - Billy Bob Thornton (Goliath)
19. Aktres Terbaik Siri Televisyen - Muzikal/Komedi - Tracee Ellis Ross (Black-ish) 
20. Aktor Terbaik Siri Televisyen - Muzikal/Komedi - Donald Glover (Atlanta)
 



Sumber La La Land Ungguli Tujuh Anugerah Golden Globe

Post a Comment

Previous Post Next Post