Lelaki disaman kerana didakwa memandu sambil berdiri, tapi sebenarnya dia terlalu tinggi

Seorang lelaki yang didakwa di mahkamah atas tuduhan memandu sambil berdiri, sedangkan dia sebenarnya terlalu tinggi – hampir dua meter – menyebabkan kepalanya melebihi cermin depan kereta boleh buka bumbung yang dipandunya.

Menurut BBC, Adam Elliott, 26, yang mempunyai kedai menjual kereta terpakai, disaman polis pada Januari tahun lalu, ketika memandu kereta Ford Ka di Gateshead, dalam perjalanan menghantar kereta berkenaan kepada pelanggan.

Lelaki disaman kerana didakwa memandu sambil berdiri, tapi sebenarnya dia terlalu tinggi

Lelaki disaman kerana didakwa memandu sambil berdiri, tapi sebenarnya dia terlalu tinggi

Lelaki yang memiliki ketinggian 1.99 meter itu didakwa memandu sambil berdiri dan ‘menunjuk-nunjuk’ kepada pengguna jalan raya.

Bercakap selepas sebutan kesnya di mahkamah di Newcastle hari ini, Elliott berkata, ia adalah salah faham, berpunca daripada ketinggiannya.

“Kereta ini terlalu kecil untuk saya. Saya tidak berdiri, saya hanya terlalu tinggi.

“Saya mengaku salah kerana dinasihatkan berbuat demikian.

Menurutnya, dia dinasihat peguam supaya mengaku salah bagi menjimatkan masa dan tidak memanjangkan kes itu.

Hakim Robert Adams yang menangguhkan kes berkenaan untuk menjatuhkan hukuman bulan depan, berkata: “Jelas kamu menunjuk-nunjuk, mempamerkan ketinggian kepada orang ramai dalam kereta kecil yang terbuka.

“Kamu mengganggu tumpuan pemandu lain. Ia perbuatan bahaya.”

Sumber: Metro



Sumber Lelaki disaman kerana didakwa memandu sambil berdiri, tapi sebenarnya dia terlalu tinggi

Post a Comment

Previous Post Next Post