Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Selepas selamat mendirikan rumah tangga Ahad lalu, Hazama memberitahu, dia baru sahaja memulakan sesi latihan sempena  Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) semalam.

Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Bahkan secara berseloroh, dia turut meminta maaf kepada Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS kerana lewat menghantar susunan lagu Di Amaran Mama.

“Kerana sibuk dengan urusan lain, termasuk menguruskan majlis perkahwinan Ahad lalu, saya tidak sempat membuat sebarang persiapan lagi untuk AJL31.

“Walaupun membuat persiapan saat akhir, saya berharap akan memberi yang terbaik pada malam itu nanti.

“Malah saya juga menyimpan harapan untuk mendapat tiga tempat teratas kerana bagi saya lagu Di Amaran Mama walaupun nampak simple, tapi ia ada penceritaannya sendiri,” katanya kepada MH Online.

Sumber: Media Hiburan



Sumber Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Post a Comment

Previous Post Next Post