Luah kecewa Donald Trump menang, Madonna disiasat lepas keluar kenyataan cuba bom Rumah Putih

Perkhidmatan Perisikan Amerika Syarikat dilapor akan memulakan siasatan terhadap Madonna selepas penyanyi itu berkata, dia pernah terfikir untuk meletupkan Rumah Putih ketika dia berucap di perhimpunan sempena Perarakan Wanita di sini, semalam.

Luah kecewa Donald Trump menang, Madonna disiasat lepas keluar kenyataan cuba bom Rumah Putih

Luah kecewa Donald Trump menang, Madonna disiasat lepas keluar kenyataan cuba bom Rumah Putih

Dalam ucapannya itu, Madonna meluahkan rasa kecewanya terhadap keputusan pilihan raya presiden November lalu yang menyaksikan Donald Trump menang.

Ikon muzik itu memberitahu orang ramai, dia terfikir hendak meletupkan Rumah Putih tetapi menyedari ia tidak akan membawa sebarang perubahan.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Perisikan berkata, mereka menyedari kenyataan Madonna itu dan akan memulakan siasatan.

Bagaimanapun, menurutnya, keputusan untuk mendakwa Madonna atau tidak terletak pada tangan Pejabat Peguam Negara.

Madonna dalam ucapannya itu berkata: “Saya marah. Saya amat marah. Memang benar saya terfikir untuk meletupkan Rumah Putih. Tetapi saya sedar, ia tidak akan membawa perubahan. Kita tidak boleh terperangkap dalam kekecewaan. Penyajak WH Auden pernah menulis sehari sebelum Perang Dunia Kedua, ‘Kita perlu sayang satu sama lain atau mati.’ Saya pilih kasih sayang. Adakah anda bersama saya?”

Ucapannya itu di sambut dengan sorakan kira-kira sejuta orang yang hadir di perarakan membantah Trump di National Mall itu.

Sumber: Metro



Sumber Luah kecewa Donald Trump menang, Madonna disiasat lepas keluar kenyataan cuba bom Rumah Putih

Post a Comment

Previous Post Next Post