Mahkamah kurangkan ikat jamin bekas Pengarah Air Sabah dari RM10 juta ke RM5 juta

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membenarkan wang ikat jamin RM10 juta dikenakan kepada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, yang berdepan 14 tuduhan pengubahan wang haram dikurangkan kepada RM5 juta.

Mahkamah kurangkan ikat jamin bekas Pengarah Air Sabah dari RM10 juta ke RM5 juta

Mahkamah kurangkan ikat jamin bekas Pengarah Air Sabah dari RM10 juta ke RM5 juta

Hakim P Ravinthran dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh membayar deposit sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin tempatan.

Manakala, isterinya Fauziah Piut, 51, yang berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram turut dikurangkan wang jaminan dari RM2 juta kepada RM1 juta selain diperintahkan membayar deposit sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin tempatan.

Kedua-dua tertuduh juga diperintahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan dua kali.
Pada 29 Disember lalu, kedua-dua tertuduh tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Mahkamah kurangkan ikat jamin bekas Pengarah Air Sabah dari RM10 juta ke RM5 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post