Pemandu Singapura miliki saman tertunggak paling tinggi di Malaysia

Pemandu dari Singapura merupakan warga asing yang memiliki saman tertunggak tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 184,014 saman.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT), Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, seramai 3,423 warga Singapura juga disenarai hitam.

Beliau berkata, warga Brunei memiliki 63,696 saman tertunggak diikuti warga Thailand (22,334) Indonesia (2,880) dan lain-lain (2,739).

Menurutnya, pihaknya berharap warga asing menghormati dan mematuhi peraturan jalan raya ketika berkunjung dan melancong ke negara ini.

“Jangan segelintir mereka menjadi elemen kepada peningkatan statistik kemalangan di negara ini.

“Diharap mereka menekankan pemanduan berhemah,” katanya di sidang media Op Saman Tertunggak Warganegara Asing V (OSTWA V) Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Mahamad Akhir berkata, operasi OSTWA V diadakan sejak 6 Januari berakhir hari ini.

“Sehingga kini sebanyak 5,710 kenderaan sudah diperiksa dan membabitkan lima tangkapan.

“Sebanyak 3,275 saman juga sudah diselesaikan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pemandu Singapura miliki saman tertunggak paling tinggi di Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post