Penduduk merungut terima layanan buruk, pasukan polis dihantar jalani latihan senyum

Oleh sebab terlalu banyak rungutan yang diterima daripada masyarakat berkenaan layan buruk yang diterima, pasukan polis di sini terpaksa jalani latihan senyum untuk tangani masalah tersebut lapor Dailymail.

Sebanyak 20 anggota polis telah dihantar untuk menjalani latihan senyum ini bertempat di sebuah hotel bertaraf lima bintang awal bulan ini.

Penduduk merungut terima layanan buruk, pasukan polis dihantar jalani latihan senyum

Penduduk merungut terima layanan buruk, pasukan polis dihantar jalani latihan senyum

Perkara ini mula mendapat perhatian apabila ia mula menjadi isu hangat hingga dibincangkan di dalam rancangan televisyen di negara tersebut yang menekankan sikap buruk pegawai polis terhadap penduduk tempatan yang datang ke balai polis.

Kemudiannya, Jabatan Polis cawangan Chang’an telah mengumumkan rancangan mereka untuk meningkatkan perkhidmatan pegawai polis melalui latihan selama tiga bulan.

Ketua Cawangan Chang’an, Biro Keselamatan Awam Polis, Li Huxian berkata bahawa latihan ini merupakan langkah pertama dalam mengatasi masalah tersebut.

“Pegawai kami tidak semestinya dapat memenuhi standard orang ramai dalam memberikan perkhidmatan yang baik tetapi senyuman dari hati yang ikhlas mencerminkan etika kerja kami.

“Senyuman juga membuatkan orang berasa dialu-alukan,” katanya kepada pemberita tempatan.

Latihan senyum ini merupakan satu perkara biasa di dalam beberapa profesion di China seperti atendan penerbangan di mana mereka harus tersenyum sambil memegang chopstick di dalam mulut untuk mendapatkan sebuah senyuman yang sempurna.

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Penduduk merungut terima layanan buruk, pasukan polis dihantar jalani latihan senyum

Post a Comment

Previous Post Next Post