PERODUA nafi kempen beri 15 Myvi percuma di Facebook

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini menafikan ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook ‘Perodua Malaysia Company’.

PERODUA nafi kempen beri 15 Myvi percuma di Facebook

PERODUA nafi kempen beri 15 Myvi percuma di Facebook

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin, berkata PERODUA sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.

“Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saluran rasmi PERODUA ialah laman ‘MYPerodua’ di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my).

Beliau berkata, pada masa ini PERODUA hanya menjalankan satu kempen iaitu ‘Golden Prosperity Deals’ dengan penjimatan sehingga RM3,888 yang ditawarkan bagi model terpilih.

Perodua akan mengadakan kempen ‘MYPerodua Nation’ selama tiga hari bermula 20 Januari, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor. – BERNAMA

 

Sumber: BH Online



Sumber PERODUA nafi kempen beri 15 Myvi percuma di Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post