Pesakit wad tingkat 8 Hospital Tuanku Jaafar ditemani puluhan tikus

Pesakit di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, bukan sahaja menerima kunjungan saudara terdekat, malah turut ‘ditemani’ puluhan tikus yang berkeliran terutama di wad tingkat lapan hospital berkenaan.

Kejadian itu disedari seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika dia menemani neneknya terlantar di hospital berkenaan sebelum merakam gambar menggunakan telefon bimbit beberapa hari lalu.

Seorang pelawat dikenali sebagai Nita berusia 40-an berkata, anak perempuannya melihat tikus berkenaan ketika berada di hospital itu.

“Ketika menemani neneknya, dia terserempak tikus berkeliaran mencari makanan. Pada mulanya, emak mengadu selimut digunakan nenek berbau seperti air kencing sebelum kami menukar selimut baru.

“Namun, selimut baru pun tetap sama berbau sebelum anak saya memaklumkan kepada jururawat bertugas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pesakit wad tingkat 8 Hospital Tuanku Jaafar ditemani puluhan tikus

Post a Comment

Previous Post Next Post