Rakyat merungut, Sabak Bernam punya hasil tangkapan laut tertingi tapi ikan, udang, sayur semuanya naik harga!

Meskipun Sabak Bernam antara daerah yang mempunyai jumlah hasil tangkapan ikan tertinggi di negeri ini, namun harga beberapa jenis ikan di Pasar Awam Sungai Besar, di sini, naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram, sejak dua minggu lalu.

Rakyat merungut, Sabak Bernam punya hasil tangkapan laut tertingi tapi ikan, udang, sayur semuanya naik harga!

Rakyat merungut, Sabak Bernam punya hasil tangkapan laut tertingi tapi ikan, udang, sayur semuanya naik harga!

Rata-rata peniaga dan pembeli mendakwa, kenaikan harga ikan itu berpunca daripada kekurangan bekalan bahan mentah itu selain faktor kenaikan harga minyak.

Seorang peniaga ikan, Chia See Hea, 41, berkata, harga ikan melambung dan sukar mengekalkan harga disebabkan pembekal turut menaikkan harga ikan.

“Sudah beberapa hari ini, memang ikan kurang dan mahal.

“Nelayan jarang turun ke laut atas faktor cuaca… selain faktor tangkapan merosot.

“Malah saya difahamkan, pembekal terpaksa hantar bekalan di luar daerah ini bagi menampung kekurangan ikan,” katanya kepada Sinar Harian.

See Hea yang sudah lebih 20 tahun berniaga ikan berkata, dia sendiri tidak menerima bekalan ikan kembung sejak seminggu lalu.

“Minggu lepas ada juga saya jual ikan kembung… itu pun harga dah naik daripada RM10 sekilogram berbanding hanya RM7 sekilogram sebelum ini,” katanya.

Menurut See Hea, harga ikan lain yang turut naik seperti ikan sardin daripada RM7 sekilogram kepada RM9 sekilogram dan ikan kerisi daripada RM10 sekilogram kepada RM11 atau RM12 sekilogram.

“Ikan cencaru juga naik daripada RM6 sekilogram kepada RM8 sekilogram,” katanya.

Seorang pembeli, Kamarudin Karim, 55, berkata, kenaikan itu dipengaruhi faktor semasa dan pengguna berpendapatan rendah pastinya lebih terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Sekarang ni kalau pergi ke pasar bawa RM50 dah macam RM10, nilai duit makin kecil…beli tak sampai 10 barang, duit pun dah habis,” katanya.

Menurutnya, harga udang gred sederhana juga naik mendadak daripada RM18 sekilogram kepada RM22.

“Rasanya baru beli udang, hari ini harga dah naik sampai RM5 sekilogram,” katanya yang menetap di Kampung Batu 4, Sepintas.

Seorang lagi pembeli, Hassan Salleh, 70, berkata, kenaikan harga itu mungkin dipengaruhi harga minyak petrol yang naik sejak 1 Januari lalu.

“Biasalah harga ikan naik sebab minyak pun naik. Kalau kerajaan umum minyak turun, belum tentu harga ikan turut sama turun,” katanya.

Selain kenaikan harga ikan, tinjauan Sinar Harian mendapati harga sayur kubis turut naik.

Peniaga sayur, Azura Ariffin, berkata, kenaikan harga kubis itu antara paling tinggi sejak dia  berniaga di pasar awam lebih 20 tahun lalu.

“Bayangkanlah kalau saya dapat harga kubis RM5.50 daripada pembekal, terpaksa jual RM6 sekilogram. Hanya untung 0.50 sen saja.

“Sebelum ini, kubis dijual pada harga bawah RM4 sekilogram,” katanya.

Seorang lagi peniaga sayur, Norhazima Rasman, 27, berkata, harga hasil pertanian itu mulai naik sejak sebulan lalu.

“Sejak semalam, bekalan kubis dah habis. Saya terpaksa tunggu kubis dari pembekal sebab difahamkan bekalannya berkurangan,” katanya.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post