Rawat penyakit mata dengan menjilat biji mata pesakit

Seorang nenek di sebuah kampung terpencil di sini terkenal dengan kebolehannya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit mata dengan menjilat biji mata pesakit.

Hava Celebic, 80, mendakwa berjaya menyembuhkan ribuan pesakit dengan cara luar biasa berkenaan.

Wanita itu juga mendakwa, dia satu-satunya individu di dunia yang memiliki kebolehan menyembuh penyakit dengan menggunakan lidah.

Selepas mencuci mulutnya dengan alkohol, Hava menggunakan lidahnya untuk mencuci habuk plumbum, besi, arang dan kaca dari mata pesakitnya.

Untuk setiap rawatan, Hava hanya mengenakan bayaran berjumlah 10 euro (RM47).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Rawat penyakit mata dengan menjilat biji mata pesakit

Post a Comment

Previous Post Next Post