Remaja 13 tahun buat laporan polis, polis siasat Lim Guan Eng

Pelajar tingkatan 1 itu membuat laporan polis berdasarkan kenyataan Lim yang dimuat naik ke blog dan Facebooknya, November lalu.

Remaja 13 tahun buat laporan polis, polis siasat Lim Guan Eng

Remaja 13 tahun buat laporan polis, polis siasat Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Polis hari ini mengambil keterangan ketua menteri Pulau Pinang berdasarkan laporan polis dibuat seorang remaja berusia 13 tahun berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang dimuat naik ke blognya, November lalu.

Dua anggota polis berpakaian biasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tiba di pejabatnya di Komtar, kira-kira jam 11 pagi tadi untuk merekodkan keterangan Lim yang ditemani peguamnya, R S N Rayer.

Menurut laporan polis itu, pelajar tingkatan 1 dari Ampang itu membuat laporan kerana merasakan Lim menentang rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS di Dewan Rakyat.

Setiausaha agung DAP itu melalui kenyataan yang turut dimuat naik ke blog dan Facebooknya pada 23 November lalu, meminta MCA, MIC, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari BN kerana menyokong RUU 355.

RUU 355 pertama kali diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan lebih banyak kuasa.

Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang seterusnya untuk memberi laluan kepada pindaan yang mencadangkan hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan”.

Lim akan mengadakan sidang akhbar hari ini berhubung siasatan polis itu.

Sumber: FMT



Sumber Remaja 13 tahun buat laporan polis, polis siasat Lim Guan Eng

Post a Comment

Previous Post Next Post