KUALA PILAH : Mereka begitu gembira ketika berswafoto atau selfie bersama, mangsa kemalangan di Kilometer 22 Jalan Bahau - Kemayan berhampiran PLKN Debana, Wan Aisyahrizan Azreen Wan Abdul Rashid, 21, menghembuskan nafas terakhir jam 10.15 malam setelah bertarung nyawa selama tiga jam di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).
Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka antara mangsa kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Saga FLX yang terbabas ke dalam parit.
Difahamkan, dalam kejadian jam 6.10 petang semalam, kereta yang dipandu Wan Aisyahrizan hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit yang dipenuhi air hingga menyebabkan penumpang iaitu rakan baiknya, Syazwani Izati Kamarudin, 23, meninggal dunia ditempat kejadian akibat lemas.
Ibu kepada Wan Aisyahrizan, Che Kamareha Che Kar, 57, berkata, anak bongsu dari empat beradik itu bersama rakan seuniversiti pulang ke Bandar Pusat Jengka pada cuti tahun baharu lalu semata-mata teringin makan lauk ikan patin tempoyak.
Anak saya sejak kebelakangan ini sukakan masakan ikan patin tempoyak walhal sebelum ini dia pernah makan di rumah abangnya di Kuala Lumpur.
“Namun kami reda atas dugaan ini walaupun masih terkejut pemergiannya," katanya ditemui di bilik mayat HTAN, hari ini.
Dalam pada itu, difahamkan, jenazah Wan Aisyahrizan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Pusat Jengka Pahang sebelum Asar.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
CeritaGempaq