Sergio Ramos berang jadi mangsa ejekan penyokong Sevilla

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos, menyelar penyokong Sevilla selepas pasukannya meneruskan kemaraan dalam Copa del Rey.

Real Madrid mencatat keputusan seri 3-3 ketika bertandang ke Estadio Ramon Sanchez Pizjuan untuk mara secara agregat 6-3 bagi mengesahkan tempat ke suku akhir.

Ramos meraikan kejayaan itu di depan peminat Sevilla sebaik sahaja menyempurnakan sepakan penaltinya dengan gaya Panenka, manakala Karim Benzema menyumbat gol penyamaan dalam masa tambahan untuk melebarkan rekod tanpa kalah pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu kepada 40 perlawanan.

Ramos, 30, yang dilahirkan menerusi akademi Sevilla sebelum berhijrah ke Madrid pada 2005, tidak gembira dengan layanan yang diterimanya daripada penyokong lawan.

"Saya tidak bersikap kurang ajar kepada sesiapa.

"Saya telah meminta penjaga gol, David Soria, agar memaafkan saya, usah salahkan saya.

"Saya tidak gembira dengan sesetengah penyokong yang mengingati ibu saya dan mengejek saya sejak awal permainan.

"Tempat ini sentiasa menjadi rumah buat saya. Saya adalah kapten Madrid dan saya akan mempertahankan pasukan saya," kata Ramos.

Ramos dan Madrid akan kembali ke Sevilla untuk pertemuan tangga teratas LaLiga, Ahad ini.

"Dalam bola sepak, saya lebih suka menerima sambutan yang berbeza tapi itu tidak akan mengubah apa-apa," katanya merujuk kepada bekas pemain kelab itu, Ivan Rakitic dan Dani Alves, di mana kepulangan mereka dilayan seperti dewa.

"Saya sudah bersedia dan ini bukanlah kali pertama saya kembali beraksi di sini. Saya tidak akan berubah, saya datang untuk bermain bola," ujarnya.



Sumber Sergio Ramos berang jadi mangsa ejekan penyokong Sevilla

Post a Comment

Previous Post Next Post