Suami tuntut 2 kereta atas alasan isteri curang, mahkamah tolak tuntutan suami pelakon Marissa Yasmin

SHAH ALAM: Suami pelakon Marissa Yasmin Yaacob, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, tidak boleh menjadikan isu kecurangan bekas isterinya sebagai asas dalam memohon tuntutan harta sepencarian.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Fouzi Mokhtar, berkata demikian ketika prosiding perbicaraan pertama kes tuntutan dua buah kereta milik Marissa hari ini.

Suami tuntut 2 kereta atas alasan isteri curang, mahkamah tolak tuntutan suami pelakon Marissa Yasmin

Suami tuntut 2 kereta atas alasan isteri curang, mahkamah tolak tuntutan suami pelakon Marissa Yasmin

MARISSA hadir bagi mendengar kes tuntutan harta sepencarian yang dibuat oleh bekas suaminya, Muhammad Muhzir, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. – Foto Roslin Mat Tahir

“Mahkamah tidak mahu isu ini (dikemukakan). Saya bimbang ia (kes) akan menjadi panjang,” katanya.

Muhammad Muhzir, 50, memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap kereta Toyota Harrier dan Hyundai Tucson yang dibeli atas nama Marissa ketika mereka belum berkahwin dan sudah berkahwin.

Fouzi menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh bagi prosiding berkenaan.

Januari tahun lalu, Marissa yang popular dengan drama Memori Cinta Suraya disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Marissa diwakili peguam Musa Awang manakala Muhammad Muhzir diwakili Jamal Mohd Lokman.

Sumber: Bharian



Sumber Suami tuntut 2 kereta atas alasan isteri curang, mahkamah tolak tuntutan suami pelakon Marissa Yasmin

Post a Comment

Previous Post Next Post