Saya kalau nak suami urut saya terus terang, “darling tolong urutkan saya, sakit-sakit badanlah”. Saya kalau mahu makan sesuatu” Darling saya nak makan inilah, kalau ada duit lebih darling beli ya?”
Apa sahaja saya nak saya terus terang, saya takkan tag suami di Facebook semata-mata nak bagi tahu isteri perlu diurut, saya takkan tag suami di Facebook isteri sepatutnya dipeluk dibelai, saya takkan tag suami di Facebook semata-mata mahu makan sesuatu. Saya tidak akan tag suami di Facebokok semata-mata mahu jadikan suami seorang yang soleh.
Seeloknya baik berbincang dan terus terang. Ada sesetengah isteri siap tag suami jika suami bangun lewat dan pemalas tanpa ada pula isteri siap tag suami, sayang kacaknya artis tu, kalau awak macam tu kan bagus. Datanglah satu persatu kawan memberikan komen masing-masing dan tanpa disedari si isteri telah pun menjatuhkan maruah si suami di hadapan rakan-rakan.
Jadi apa tunggu lagi wahai isteri, jika mahukan sesuatu berterus teranglah. Kadang-kadang awak tag si suami tak faham pun apa awak mahukan.
Kita manusia tiada yangs empurna, lelaki atau perempuan ke masing-masing ada kelemahan dan kekurangan yang kadang-kadan kita sendiri tak sedar. Macam itu juga dalam perhubungan suami isteri. Tiada suami yang sentiasa betul dan tiada isteri yang setiap masa sempurna.
Hubungan suami isteri tidak sama seperti hubungan kita dengan kawan-kawan. Antara suami isteri ni kena ada batas-batas bila kita bersuara terutamanya dengan niat untuk menegur kesalahan pasangan kita, lagi kita bergelar isteri.
Satu yang aku perhatikan sekarang, macam jadi kebiasaan pula menggunakan Facebook untuk menegur kesalahan suami, alasannya.. “saya jarang jumpa suami..” Tidakkah boleh kita menggunakan medium lagi seperti telefon dalam bebicara sebegini. Sekarang ini , aku tengok makin menjadi-jadi trend tag suami dengan artikal atau hadis yang konon-kononnya nak perbetulkan suami tu.
Cari pos-pos pasal “nafkah dan tanggungjawan suami” dan lepas tu tag suami dan paling tidak tahan bila siap tulis. “Abang,baca ni..kalau tak percaya sangat..”
Amboi, betul sangatlah apa yang dia buat itu. Alasan clicheadalah “Memanglah niat kita sekadar, bukan nak malukan si suami, cuma mahu kongsikan saja ilmu dengan dia sebab kami ada perbezaan pendapat sikit.”
Itu yang kau kata, yang orang fikir pula macam mana? Tidak semua orang satu kepala otak dengan kau. Tidak fikir ke akan ada yang kata..”suami dia tak bagi nafkah ke?” dah malukan suami pulak..
Macam baru-baru ini yang aku jumpa dia kongsikan gambar kotak rokok yang ada gambar janin cacat tu, lepas tu dia tag laki dia, “Uou suka hisap rokok kan? tak mau berenti? you baca ni?”
Wah! Kalau kau tag menatang tu dan cuma suami kau je yang nampak lain la? Ini tidak, kawan-kawan, mak dia,ayah dia, semua nampak. Kau rasa dia malu ke tak? “Tak la malu sangat,cuma adalah terkecil hati sikit..”
Berdosa oi buat suami kecil hati, malukan dia..sekaligus dedahkan keburukan suami.
Ada yang satu lagi ni, dia kongsi post pasal “perlukah suami bagi duit pada ibu bapa”. Lebih kurang gitu la ayat dia dan dia tag suami dia.. “****** .baca ni. Kalau korang tengok apa yang korang fikir? Siap suruh baca tau? Apa suami dia tak tau ke benda-benda gitu?
Apa kata dari korang tag suami tu, aku cadangkan korang baca post tu sama-sama. Jangan tag-tag dah..sambil baca boleh berbincang bersama, itu lebih baik kot. Suami dok atas kerusi,isteri dok kat riba suami, lagi romantik.
Sumber Jangan Tag Suami Anda Di Facebook Dengan Tujuan Untuk Menegur Kesalahannya
Tags:
TerkiniInfo