Seorang pegawai dan dua anggota polis cedera ditikam seorang lelaki di sebuah premis di Jalan Pasar, di sini.
Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi, pegawai terbabit cedera di tangan manakala anggota pula cedera di paha dan tangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, pada awalnya suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan dan pegawai serta anggota polis berkenaan mahu membuat pemeriksaan.
Menurutnya, bagaimanapun suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dan suspek cuba menikam leher pegawai polis berkenaan.
“Dua anggota yang cuba membantu turut cedera ditikam sebelum suspek berusia 30 tahun melarikan diri.
“Bagaimanapun, isteri suspek yang berada di tempat kejadian ditahan polis dan turut dirampas sebuah motosikal curi,” katanya.
Beliau berkata, identiti suspek yang memiliki tiga rekod jenayah lampau sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro
Sumber Tiga anggota polis cedera ditikam suspek