Tiga rentung lepas rumah yang didiami 10 sekeluarga dibakar lelaki mengamuk

Tiga orang rentung selepas sebuah rumah yang didiami 10 sekeluarga di Kampung Tumu Batu 10, Jalan Matang dekat sini dibakar seorang lelaki yang mengamuk hari ini.

Sebelum itu, lelaki berkenaan bertindak menetak Mohd. Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut.

 

Tiga rentung lepas rumah yang didiami 10 sekeluarga dibakar lelaki mengamuk

Tiga rentung lepas rumah yang didiami 10 sekeluarga dibakar lelaki mengamuk

 

Menurut isteri Mohd. Joe, Sofia Hasan, 17, lelaki itu bertindak membakar rumah itu selepas menetak suaminya.

Katanya, dua lagi yang rentung dikenali sebagai Noraini Abdullah, 62, dan Daud Abdullah, 64.

“Saya mendukung anak bersama-sama ibu sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah.

“Bagaimanapun nenek (Noraini) yang sakit dan datuk (Daud) yang buta tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemui terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sofia berkata, bapanya, Hasan Abdullah, 36, juga cedera ditetak di bahagian leher ketika cuba menarik perhatian lelaki itu semasa dia, anak dan ibunya cuba menyelamatkan diri.

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 3.43 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba Petrajaya digerakkan ke lokasi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada 4.11 petang mendapati kebakaran itu menyebabkan sebuah rumah jenis struktur tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Ketika proses pemadaman dilakukan tiga mayat rentung ditemukan,” katanya sambil menambah kebakaran dapat dipadam kira-kira 4.40 petang.

Pasukan forensik bomba dan anggota polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian. – BERNAMA

Sumber: Utusan



Sumber Tiga rentung lepas rumah yang didiami 10 sekeluarga dibakar lelaki mengamuk

Post a Comment

Previous Post Next Post