Tolong viralkan! Peniaga kedai emas popular di Melaka kantoi tipu pelanggan

SUDAHLAH menipu, seorang peniaga kedai emas sanggup merosakkan seutas rantai leher milik pelanggannya hanya kerana mahukan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Tolong viralkan! Peniaga kedai emas popular di Melaka kantoi tipu pelanggan

Tolong viralkan! Peniaga kedai emas popular di Melaka kantoi tipu pelanggan

Menerusi perkongsian Syira Shah melalui akaun Facebooknya, dia menjelaskan rakannya ditipu sebuah kedai emas di Kampung Jawa, Melaka ketika mahu membaiki rantai anaknya yang putus.

Peniaga Kedai Emas 'Kantoi' Tipu Pelanggan

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 10 pagi, rakannya ke kedai tersebut bersama adiknya untuk memateri rantai berkenaan namun peniaga kedai emas itu enggan melakukannya dengan alasan rantai berkenaan akan kelihatan buruk.

“Dia (peniaga) cadangkan untuk ambil rantai baru dengan penambahan wang tunai.

“Ketika sedang memilih, adik kawan saya ternampak Cxxx ni buang rantai yang dia putuskan tu kat bawah, motif kononnya nak kurangkan gram supaya kawan saya bayar lebih,” tulisnya.

Tindakan peniaga itu disedari adik rakannya dan menegaskan mahu masuk ke dalam kaunter bagi mencari lebihan rantai yang terputus itu.

“Dia tak bagi dan tak mengaku putuskan rantai itu tetapi lebihan rantai itu betul-betul di bawah kerusi peniaga itu duduk.

“Kawan saya mengamuk, baru dia mengaku dan selesaikan kejadian itu dengan peniaga mengantikan rantai baru tanpa sebarang bayaran tambahan. Berhati-hati beli emas,” tulisnya memberi nasihat.

Menerusi ruangan komen, kejadian tersebut bukan pertama kali berlaku di kedai yang sama dan netizen menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan ketika membeli emas.

Ada netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika membeli emas di kedai tersebut dan hampir kerugian ratusan ringgit.

“Aku pun kene hari tu cincin tak smpai 1 gram anak dia cas upah smpai RM170 pastu tak bagi resit.. Pergi balik minta resit baru tau dia caj upah cam tu tinggi.. Then saya pun bising la,” tulis Vegenes Vicky.

Kebanyakan netizen menasihatkan mangsa untuk membuat aduan supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Perkongsian Syira ini mendapat perkongsian lebih 2,900 kali dan menjadi tular di media sosial.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Tolong viralkan! Peniaga kedai emas popular di Melaka kantoi tipu pelanggan

Post a Comment

Previous Post Next Post