Anggota Running Man, Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin dilaporkan bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.
Menurut laporan portal Korea, TV Report, Running Man akan mengadakan siri jelajah Asia bermula Februari depan.
Selain Malaysia, acara tersebut turut diadakan di Taipei, Taiwan, Macao, Singapura dan Thailand.
Siri jelajah itu dimulakan di Taipei, Taiwan pada 10 Februari.
Bagaimanapun, Yoo Jae Suk dilaporkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.
Dalam pada itu, sebaik sahaja berita mengenai siri jelajah berkenaan dihebahkan, nama Running Man kembali menjadi bualan hangat dikalangan peminat seluruh dunia.
Hashtag #runningman juga menjadi antara yang paling popular di laman sosial twitter dan Instagram.
Rata-ratanya menyatakan rasa gembira kerana berpeluang untuk menyaksikan lima figura popular berada di atas satu pentas yang sama.
Namun tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih kerana siri jelajah ini merupakan perjalanan terakhir untuk ‘Running Man’.
Sumber: Astro Gempak
Sumber Untuk persembahan terakhir, Running Man pilih Malaysia sebagai lokasi pilihan