Penyokong boikot jersi baru Pulau Pinang, tak puas hati rekaan terlalu ringkas dan tiada identiti pasukan

Satu petisyen telah dilancarkan oleh penyokong Pulau Pinang kerana tidak berpuas hati dengan rekaan jersi terbaharu pasukan bagi musim 2017 kerana dikatakan terlalu ringkas dan tidak menonjolkan identiti pasukan.

Muhamad Muzakkir Mohd Nor, penyokong yang melancarkan petisyen tersebut yang bertajuk ‘Tukar Design Jersi Penang FA 2017’ sejak beberapa hari lalu kini telah menerima lebih 1,000 tandatangan yang meminta Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mempertimbangkan kembali rekaan jersi lain.

Penyokong boikot jersi baru Pulau Pinang, tak puas hati rekaan terlalu ringkas dan tiada identiti pasukan

Penyokong boikot jersi baru Pulau Pinang, tak puas hati rekaan terlalu ringkas dan tiada identiti pasukan

Menurutnya, beliau percaya majoriti penyokong Harimau Kumbang kecewa dengan corak jersi dan beliau percaya mereka akan memboikot pembelian jersi tersebut sehingga corak jersi yang baharu dikeluarkan.

“Alasan yang diberikan pihak persatuan kononnya corak ini dipilih adalah disebabkan kebocoran corak terdahulu oleh pihak tidak bertanggungjawab sukar diterima kerana corak terbaru adalah terlalu ringkas dan akan menyebabkan lebih mudah bagi cetak rompak jersi akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu,  Pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari ketika dihubungi berkata, beliau berpendapat jersi itu menarik, bercorak vintage dan selepas dihiasi logo-logo penaja akan menjadi lebih menarik.

Menurutnya, citarasa seseorang itu relatif dan ada yang tidak suka namun beliau mendapati ramai juga yang menyukainya.

“Nak puaskan hati semua memang mustahil. Ada juga yang pertikai dan kata tak bangga nak pakai, nak boikot dan sebagainya. Bagi saya, seorang peminat tulen itu akan bangga memakai logo dan bukannya baju.

Sumber: Sinar



Sumber Penyokong boikot jersi baru Pulau Pinang, tak puas hati rekaan terlalu ringkas dan tiada identiti pasukan

Post a Comment

Previous Post Next Post