Video: Gamat bila Siti Nurhaliza salah sebut Om Telolet Om

Fenomena Om Telolet Om yang menjadi viral di Indonesia turut popular di negara kita.  Bagi yang belum tahu, makna Om – pakcik dan telolet maknanya hon.  

Jadi Om telolet om maknanya ‘pak cik bunyikan hon pak cik’. Ini kerana bas-bas di Indonesia telah diubahsuai hon mereka yang kedengaran lebih menarik.  

Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah dijemput ke program D’Academy Asia di Jakarta Indonesia dan Tuk Ti telah diminta untuk menyebut perkataan tersebut.  Namun Tuk Ti yang pertama kali baru mendengarnya telah tersalah sebut.  

Nak tahu apa Tuk Ti sebut?  Tuk Ti sebut ‘Om Telo Om’ yang lalu mendapat sorakan dan ketawa bagai nak gila daripada penonton.  Tuk Ti yang tidak tahu apa-apa berasa malu dengan kejadian tersebut.  Setelah dimaklumkan barulah Tuk Ti faham.  

Jadi kepada anda yang nak sebut Om Telolet Om, sebut betul-betul ya…

Video: Gamat bila Siti Nurhaliza salah sebut Om Telolet Om

Video: Gamat bila Siti Nurhaliza salah sebut Om Telolet Om

Zul 2 By 2 antara tukang gelak paling kuat…

 

 

 

Sumber: Media Hiburan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post