China – Seorang wanita berusia 92 tahun di Guangxi ditemui terkurung dalam di dalam sebuah kandang babi di sini.
Menurut laporan, wanita tersebut dikurung oleh anak dan menantunya sendiri untuk selama beberapa tahun.
Satu video merakamkan penemuan wanita itu tular di media sosial China yang mana memaparkan wanita tua terbabit terkurung dalam kandang yang langsung tidak selesa itu.
Di dalam video berdurasi 1 mini 11 saat itu, wanita tua itu dilihat menceritakan keadaan dan tempat tinggalnya kepada penyelamat.
Wanita yang dikenali sebagai Yang itu telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Polis telah menahan pasangan yang terlibat kerana penganiayaan.
Ini bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku. Di Hunan, seorang wanita 90 tahun mati kebuluran selepas dikurung beberapa bulan oleh anaknya dalam kejadian pada tahun 2014.
Sumber: Siakapkeli
Sumber Wanita 92 tahun dikurung bertahun dalam kandang babi oleh anak dan menantu