200 peminat sambut kedatangan Kim Jong Kook ke Malaysia

Kira-kira 200 peminat setia menunggu ketibaan bintang Running Man, Kim Jong Kook, 40, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.

Gambar dan video yang merakamkan detik kunjungan keduanya ke sini, kira-kira jam 5 petang itu, dikongsi menerusi laman Instagram kelab peminatnya di Malaysia, @kjkmalaysia.

Menerusi keterangan gambar, Jong Kook berkunjung ke negara ini bagi menjayakan sebuah program televisyen terbitan produksi dari Seoul bersama beberapa bintang Korea Selatan lain.

Menariknya, peminat turut memuji sikap selebriti popular terbabit apabila kunjungan kali ini membawa bersama ibunya yang difahamkan turut terbabit dalam penggambaran itu.

200 peminat sambut kedatangan Kim Jong Kook ke Malaysia

200 peminat sambut kedatangan Kim Jong Kook ke Malaysia

Mengenakan kemeja-T, seluar paras lutut dan bertopi rona hitam senada, Jong Kong, yang menolak bagasinya sendiri ketika keluar dari balai ketibaan, dilihat tersenyum dan melambaikan tangan ke arah peminat.

Masing-masing bukan hanya menyambutnya dengan sepanduk mengalu-alukan ketibaannya, malah turut membekalkan tanda mata berupa buah-buahan segar seperti pisang dan strawberi.

Rombongan Jong Kok kemudiannya diraikan di sebuah restoran berkonsepkan tradisional Melayu di ibu negara, bersama sekumpulan peminat bertuah.

Jong Kook dianggap wira Running Man berikutan usaha diplomasinya memujuk anggota program variasi popular itu supaya tidak menarik diri, sekali gus membolehkan pihak produksi meneruskan penerbitan siri terkenal terbabit.

Sumber: Bharian



Sumber 200 peminat sambut kedatangan Kim Jong Kook ke Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post