AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

PENERBITAN coffee table book 99 Kata-Kata Fattah Amin nampaknya mencetuskan hype yang tersendiri bila mana banyak pihak mengkritik kewujudan buku tersebut.

AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

99 Kata-Kata Fattah Amin merupakan koleksi kata-kata inspirasi yang dikumpulkan oleh aktor itu untuk berkongsi dengan peminat setianya.

Antara baris kata-kata yang cukup popular dari buku tersebut sehingga menjadi bual bicara netizen ialah sepotong ayat berbunyi, “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul. Hahaa…Kelakar kan.”

Netizen Kecam Buku Fattah 'Bangang' Dan Penuh Selfie

Menurut Fattah, ayat itu dikongsikannya agar menjadi inspirasi untuk peminat di luar sana agar sentiasa berusaha memajukan diri agar segala angan-angan mampu menjadi realiti di kemudian hari.

Mengambil peluang di atas kontroversi buku Fattah, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pula tampil dengan idea yang cukup inovatif apabila mengulang semula ayat Fattah itu tetapi dalam konteks mempromosikan perkhidmatan mereka.

Di laman mikro Twitter AirAsia, admin memuat naik twit, “Dulu selalu berangan nak naik kapal terbang dan nak bayar flight kurang daripada RM50. Ternyata kini telah termakbul hahaa.. Kelakar kan.”

Kreatif sungguh team media sosial AirAsia kan….

AirAsia 'Tiru' Kata-Kata Pujangga Fattah Amin

 

 

Sumber: Mynewshub



Sumber AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

Post a Comment

Previous Post Next Post