“Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

Tiada niat untuk melukai hati anak sendiri tetapi seorang ibu terpaksa membuat pilihan sukar dengan mengurungnya di sebuah bilik di belakang rumah di Kampung Talak.

"Ambil air milo mek" - Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

“Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

Mek Wook, 60, berkata, sudah dua tahun dia mengurung anaknya, Mat Yazid Junoh, 30, orang kurang upaya (OKU) mental di sebuah bilik khas kerana khuatir dia merayau.

“Dia tak kacau orang tapi suka sangat ke kedai runcit dan ambil makanan di kedai.

 

“Dia ambil macam-macam, bila nak kena bayar rupanya dah cecah RM60 sehari,” katanya.

Menurutnya, pening memikirkan untuk mencari wang ganti rugi, dia mengambil keputusan mengurung Mat Yazid.

Katanya, Mat Yazid hanya dikurung 12 jam pada siang hari kerana pada waktu malam dia akan tidur di dalam rumah.

“Biasanya dari jam 7.30 pagi saya suruh dia tinggal dalam bilik, 7 malam dia dah boleh naik atas rumah.

“Makan minum saya hantar, lagi pun boleh dengar suara dia kalau perlu apa-apa, biasanya dia akan sebut… ‘ambil air milo mek’, dua tiga kali sehari dia ulang,” katanya.

Mat Yazid merupakan anak sulung daripada dua beradik mengalami masalah mental selepas terlibat kemalangan 17 tahun lalu.

Mek berkata, selepas kematian suami, perbelanjaan keluarganya ditanggung anak bongsu, Suhaimi, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci kontrak di sebuah hospital serta bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Bilik khas itu dibina hasil titik peluk anak saya Suhaimi untuk abangnya.

“Sebelum ini gaji Suhaimi banyak dihabis untuk bayar hutang abangnya yang suka ambil makanan di kedai, bila Suhaimi keluar kerja, abangnya akan dikurung,” katanya.

Kesusahan keluarga Mek mendapat perhatian Majlis Belia Kelantan (MBK), Kelab Kebajikan Asnaf dan THR Gegar yang menyampaikan bantuan makanan disampaikan wakil MBK, Noraini Yunoh.

Sumber: Sinar



Sumber “Ambil air milo mek” – Seorang ibu terpaksa kurung anak dalam bilik di belakang rumah kerana sakit mental

Post a Comment

Previous Post Next Post