“Asal ceramah, suruh jadi bidadari, asal bidadari, jadi modal ceramah” – Teguran wanita ini buat penceramah dan ustaz sangat deep

Sambil menjemur kain, sempat juga mendengar tazkirah dari surau tingkat bawah.

Ustaz-ustaz apabila berceramah tentang isu wanita, kenalah dinamik sikit. Bincanglah isu keganasan rumahtangga, nafkah, hak wanita, nusyuz suami dan kepentingan figura bapa dalam keluarga.

"Asal ceramah, suruh jadi bidadari, asal bidadari, jadi modal ceramah" - Teguran wanita ini buat penceramah dan ustaz sangat deep

“Asal ceramah, suruh jadi bidadari, asal bidadari, jadi modal ceramah” – Teguran wanita ini buat penceramah dan ustaz sangat deep

Asal ceramah, suruh jadi bidadari, asal bidadari, jadi modal ceramah. Saya cukup kasihan dengan para suami yang mendengar, kerana isteri mereka bukan perfect 10. Mencari ciri bidadari pada isteri dan meletakkan beban menjadi bidadari adalah beban emosi yang hanya para isteri sahaja yang tahu.

Ada setengah isteri tidak tahu membezakan antara menjadi bidadari dengan mendiamkan kemudharatan akibat dipukul dan disiksa semata-mata tidak mahu kehilangan syurga yang disangka mendiamkan mudharat atau aib suami adalah ciri bidadari.

Sedang Islam tidak pernah melayan wanita sebegitu rupa. Tidak ada hukum syarak yang membenarkan wanita hidup dalam dharar yang berpanjangan.

Teringat teguran Ustaz Fauwwaz fadzil dalam kelas kami yang lepas, ” Cukuplah kisah bidadari, takkan dah 50 tahun kahwin tak jadi bidadari lagi?”

Beliau juga menegaskan kepentingan agar wanita didedahkan dengan isu-isu semasa dan Fiqh Wanita terkini agar pemikiran segar dan cerdas dapat dibentuk.

Teringat juga saya kepada tulisan Hamka yang berulang kali memuji wanita dunia yang jauh hebat daripada bidadari apabila beliau menamakan Khadijah RA, Aishah RA, Fatimah RA dan beberapa wanita lain yang dijanjikan syurga kerana ibadat,pengorbanan dan keilmuan setra akhlaqnya yang syarat itu tidak ada pada bidadari! Begitulah mulianya wanita dunia!

Mak juga pesan, bidadari tidak ada di dunia, hanya di akhirat syurga kelak.

Sumber: Fadhlina Sidek Sidek



Sumber “Asal ceramah, suruh jadi bidadari, asal bidadari, jadi modal ceramah” – Teguran wanita ini buat penceramah dan ustaz sangat deep

Post a Comment

Previous Post Next Post