Baru-baru ini, Kim Tea Hee ada mendedahkan bagaimana Rain berjaya memikat hatinya dan mengapa mereka melakukan majlis perkahwinan secara tertutup dalam temubual eksklusif bersama Sports Seoul.
Pasangan ini baru sahaja pulang dari berbulan madu di Bali. Apa yang menariknya setelah sebulan menyepikan diri, Kim Tae Hee akhirnya bersedia untuk berkongsi dengan semua tentang pengalaman beliau menjadi isteri kepada Rain.
Faktor kewangan dan ekonomi yang teruk – Rain dan Kim Tae Hee dedah kenapa buat majlis perkahwinan tertutup dan kecil-kecilan
Antara faktor yang menyebabkan mereka mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup adalah kerana faktor kewangan dan ekonomi yang teruk.
“Kami berbincang bagaimana untuk mengumumkan perkahwinan kami ini sejak tahun kepada khalayak ramai. Terdapat dua jalan penyelesaian yang pertama kami akan umumkan kepada media dan menjemput semua yang kami kenal ke majlis perkahwinan besar-besaran kami ataupun merahsiakan perkahwinan kami ditambah pula dengan faktor ekonomi yang merudum, kami tidak mahu melakukan perkahwinan secara mewah-mewahan.”
Persalinan yang dipakai Kim Tae Hee pada hari perkahwinannya adalah hasil dari rekaannya sendiri. Kim Tae Hee memberitahu Rain melamarnya pada hari perkahwinan mereka dan kemudiannya Rain menyanyikan lagu The Best Present.
Sumber dari Hanasuva dan Koreaboo.
Via: Era fm
Sumber Faktor kewangan dan ekonomi yang teruk – Rain dan Kim Tae Hee dedah kenapa buat majlis perkahwinan tertutup dan kecil-kecilan