Gempar! Ular sawa seberat 90kg di atas siling rumah, pemilik terdengar bunyi dengusan kuat

Seekor ular sawa seberat 90 kilogram yang berada di atas siling sebuah rumah, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Gaung, Salor, di sini, semalam.

Gempar! Ular sawa seberat 90kg di atas siling rumah, pemilik terdengar bunyi dengusan kuat

Gempar! Ular sawa seberat 90kg di atas siling rumah, pemilik terdengar bunyi dengusan kuat

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu Leftenan Muda Mohd Awang berkata, ular sepanjang lima meter itu berjaya dibawa turun pada 2.30 petang, selepas pemilik rumah mendengar bunyi ‘dengusan’ kuat sebelum memaklumkan kepada APM.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 1.45 petang dan enam anggota dihantar ke rumah berkenaan.

“Anggota APM mengambil masa 20 minit untuk menangkap dan membawa ular itu turun dari atas siling,” katanya.

Ular sawa itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sumber: Metro



Sumber Gempar! Ular sawa seberat 90kg di atas siling rumah, pemilik terdengar bunyi dengusan kuat

Post a Comment

Previous Post Next Post