Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

“Paling penting dalam hidup saya adalah rakyat negeri Selangor, saya tidak mahu dan tidak rela melihat anak cucu kita menjadi tahi judi,” kata Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut Jamal, beliau berasa sedih serta mempersoalkan sehingga bila perkara maksiat dan merosakkan moral masyarakat di Selangor akan berakhir?

Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

“Bila kerajaan negeri mahu menarik balik atau mengharamkan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga?,” katanya.

Beliau berkata, dirinya hanya pemimpin yang kecil dan kini menyerahkan kepada masyarakat di Selangor untuk menjadi penentu.

“Saya berserah, kalau rakyat Selangor suka perkara ini diteruskan oleh kerajaan negeri, saya tidak mempunyai kuasa atau kelebihan atau kebolehan selain mengutarakan permasalahan yang berlaku.

“Kalau rakyat di Selangor sudah bersedia melihat anak generasi akan datang menjadi tahi judi, kita terimalah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Jamal turut berpuas hati dengan tindakan Polis Diraja Malaysia menyiasat dirinya bersama dengan sembilan individu lain berhubung kes pecah masuk premis perniagaan.

“Saya menganggap penahanan saya itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh polis untuk menjalankan siasatan. Kami reda dan pasrah dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jamal turut mengakui dalam keghairahannya mendedahkan dakwaan premis judi di Selangor khususnya di Ampang Jaya, telah berlaku perlanggaran undang-undang.

“Saya difahamkan hanya dua negeri sahaja kegiatan judi ini ‘dihalalkan’ iaitu Selangor dan Pulau Pinang… Maksudnya kegiatan judi haram ini berselindung di sebalik lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambah Jamal, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakannya itu.

“Kami akan ambil peguam bagi mempertahankan hak kami,” katanya mendakwa sebanyak 700 premis judi haram wujud di Ampang Jaya.

“Saya dimaklumkan ada penambahan 28 kedai atau kelulusan yang baru. Mengikut perundangan yang disampaikan oleh peguam saya memaklumkan polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyerbu kedai-kedai itu kerana kedai itu berlesen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamal mengakui pertama kali beliau berasa gementar dan gemuruh pada sidang media di rumahnya di Ampang Jaya.

“Saya rasa terkejut ramai ahli jawatankuasa Umno Sungai Besar bersama-sama memberi sokongan moral,” katanya yang tidak mahu melibatkan Umno terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Saya bergerak dengan rakan-rakan NGO berhubung isu dakwaan premis judi haram ini, sebab itu saya umumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar,” katanya.

Jamal berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan nekad menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat.

Sumber: Sinar



Sumber Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

Post a Comment

Previous Post Next Post