“Jangan over feeling gesel² kat laki org konon kau cantik naw” – Ika Nabila beri amaran dalam Instagram?

Pelakon Ika Nabila menafikan rumah tangganya bermasalah apabila dia ‘marah-marah’ dalam Instagramnya mengenai sikap lelaki dan wanita yang suka mengganggu dan cuba merampas suami atau isteri orang lain.

Dalam status yang dimuat naik semalam itu, Ika, 28, dilihat seolah-olah memberi amaran kepada wanita yang cuba menggoda dan mengganggu suaminya.

 
"Jangan over feeling gesel² kat laki org konon kau cantik naw" - Ika Nabila beri amaran dalam Instagram?

“Jangan over feeling gesel² kat laki org konon kau cantik naw” – Ika Nabila beri amaran dalam Instagram?

Dalam status yang sama, Ika turut memaklumkan dia diminta ibu mentuanya supaya tidak melayan lelaki terbabit walaupun hanya meminta nasihat kerana ia boleh mengundang kepada keruntuhan rumah tangga.

Bagaimanapun, Ika ketika dihubungi menjelaskan status terbabit adalah mengenai jalan cerita drama terbaru lakonannya iaitu Seharum Mawar yang kini sedang menjalani penggambaran.

Ika berkata, dia dan suami bahagia dengan kehidupan mereka sekarang dan meminta peminat terus mendoakan kebahagiaan mereka.

Ditanya tidakkah cara dia mempromosikan drama lakonnya itu boleh mengundang salah faham peminat dan keluarganya, Ika berkata, mereka sudah tahu itu adalah plot cerita drama lakonan terbarunya.

“Saya tak nafikan ramai yang bertanya selepas saya memuat naik status itu. Sebenarnya saya selalu berkongsi aktiviti seni dan kehidupan peribadi saya dengan pengikut di Instagram. Jadi, mereka sudah tahu cerita yang sebenar.

“Keluarga saya dan mentua juga tahu ia adalah jalan cerita drama terbaru saya dan tidak ada kena-mengena langsung dengan rumah tangga saya. Alhamdulillah, saya dan suami bahagia,” katanya.

Ika berkata, sebenarnya dia juga bimbang dengan tindakan segelintir suami dan isteri yang curang dengan pasangan masing-masing.

Dia juga berharap setiap pasangan tahu dengan tanggungjawab masing-masing sekali gus dapat menghindar daripada berlaku curang.

Sumber: Metro



Sumber “Jangan over feeling gesel² kat laki org konon kau cantik naw” – Ika Nabila beri amaran dalam Instagram?

Post a Comment

Previous Post Next Post