Utusan Online difahamkan, majlis akad nikah Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari Yanti, 33, akan diadakan di sebuah dewan perkahwinan di sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya, pagi esok.


Sumber Utusan Online memberitahu, majlis pernikahan itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakat terdekat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk mendapatkan pengesahan daripada Jep mahupun Sari tidak berjaya kerana kedua-duanya tidak menjawab telefon bimbit masing-masing.


Kiriman mesej WhatsApp juga tidak berbalas.


Nama Jep dan Sari Yanti menjadi perbualan media dan peminat sejak penghujung tahun lalu apabila Sari meluahkan perasaannya dengan ungkapan ‘I Love You’ ketika Jep membuat rakaman langsung di Instagramnya.


Bukan itu sahaja, malah Jep dalam kenyataannya terdahulu kepada media atas talian mengakui berasa amat selesa berkawan dengan Sari dan mereka saling berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.


Lantaran itu, peminat pasangan itu mula membuat pelbagai spekulasi, bahkan ada dalam kalangan mereka yang mendoakan agar perhubungan yang dibina berterusan ke jenjang pelamin.

Sumber: UTUSAN ONLINE