Keuntungan Pelaburan Mara Bhd meningkat 300% sejak taja The Red Warriors – Annuar Musa

Pelaburan Mara Bhd. (PMB) mencatatkan peningkatan keuntungan 300 peratus sejak menjadi penaja pasukan The Red Warriors (TRW) pada musim lalu.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, keuntungan itu sekali gus membolehkan PMB menjadi penyumbang terbesar dividen kepada MARA.

Keuntungan Pelaburan Mara Bhd meningkat 300% sejak taja The Red Warriors - Annuar Musa

Keuntungan Pelaburan Mara Bhd meningkat 300% sejak taja The Red Warriors – Annuar Musa

“Dana endowment yang diuruskan PMB pula memberi pulangan RM50 juta kepada MARA,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan pihak tertentu mengapa PMB menaja pasukan Kelantan dan bukan pasukan lain yang turut beraksi dalam Liga Malaysia.

 

Annuar sedang berhadapan dengan dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai Pengerusi MARA untuk membolehkan PMB menaja pasukan Kelantan musim lalu.

Beliau seterusnya menjawab persoalan itu dengan mengemukakan persoalan mengapa syarikat lain di luar Kelantan turut menaja pasukan Kelantan sebelum ini.

Annuar memberi contoh syarikat terbabit Digi, Hotlink Maxis, Celcom, Azizan Osman, Mamee, Sinar Harian, Masterskill, Tresenergy, Qu Puter, Glo Glowing, AirAsia dan syarikat Jepun Yakult.

Annuar dalam pada itu sekali lagi enjelaskan, MARA yang menerima dana daripada kerajaan tidak pernah menaja TRW sebaliknya PMB selaku syarikat swasta menaja pasukan itu.

“Kenapa pasukan Kelantan satu-satunya pasukan di taja syarikat luar dari negeri itu,” soalnya.

Kes dihadapi Annuar itu timbul apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Annuar yang juga Pengerusi MARA menyalahgunakan kuasanya supaya agensi itu menaja TRW.

Annuar bagaimanapun menegaskan MARA tidak pernah menaja pasukan Kelantan, tetapi PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku sebuah entiti swasta milik agensi itu menaja TRW atas dasar komersial.

Dakwaan itu timbul sejurus perang mulut melanda antara Annuar dan Tunku Ismail apabila Annuar membantah cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi selain mempertahankan peranan ahli politik dan kerajaan negeri dalam sukan bola sepak.

SPRM kemudian membuka siasatan berhubung dakwaan ke atas Annuar tersebut dan beliau turut diarahkan bercuti sementara daripada jawatan yang disandangnya dalam MARA.  

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Keuntungan Pelaburan Mara Bhd meningkat 300% sejak taja The Red Warriors – Annuar Musa

Post a Comment

Previous Post Next Post