Lee Min Ho Pilihkan Tarikh Kahwin Peminat

Bintang Korea memang dikenali sebagai selebriti yang sangat mengambil berat serta tahu bagaimana untuk mengambil hati sekaligus menggembirakan para peminat mereka.
Namun, apa yang telah dilakukan oleh pelakon tampan Lee Min Ho ini dianggap sudah lebih cukup dari segi layanan atau lebih dikenali dengan istilah 'fan service' buat peminat.
Baru-baru ini seorang peminat mendedahkan, pelakon drama The Legend of The Blue Sea itu pernah meberi kejutan yang disifatkan peminat berkenaan sebagai luar biasa untuk perkahwinannya.
Berkongsi lanjut tentang perkara itu, peminat berkenaan berkata ada dua kejutan yang diberikan Lee Min Ho kepada peminatnya itu. Pertama sekitar tahun 2015, peminat tersebut datang ke sebuah acara 'fan signing'.
Dia sempat menghulurkan sekeping kertas yang bertulis tiga pilihan tarikh perkahwinannya dan meminta aktor itu menentukan tarikh yang manan satu.
Lalu, Lee Min Ho Mac 2016 sebagai tarikh perkahwinan peminatnya itu. Ketika hampir tiba hari istimewa itu, peminat tersebut mengirimkan kad undangan perkahwian menerusi agensi Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment.
Sayangnya, disebabkan jadual yang padat, Lee Min Ho tidak dapat hadir pada majlis itu. Walaupun tidak dapat hadir, dia tetap mengirimkan ucapan selamat dan tahniah pernikahan peminat berkenaan dan pasangannya serta turut dikirimkan satu jambangan bunga besar yang bertulis, "Semoga terus bahagia dan hidup dengan baik."
..
Koreaboo melaporkan, peminat berkenaan sangat gembira malah hampir pengsan saat menerima kejutan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post