Elfira Loy Menerima Pelbagai Mesej Berbaur Cinta



Pelakon Elfira Loy, 23, menerima pelbagai mesej berbaur cinta daripada ramai individu gara-gara kenyataan sedia menerima pinangan sesiapa yang serius mahu memperisterikannya sebelum ini.
Memetik laporan BH online, antara mereka yang meluahkan perasaan termasuk rakan rapat, namun segan berbuat demikian sebelum ini berikutan masing-masing menyangka pelakon terbabit sudah mempunyai teman istimewa.
Gosip cinta yang mengaitkan Elfira dengan artis Indonesia, Baim Wong, beberapa tahun lalu, antara sebab ramai jejaka menjauhi dirinya.
"Berikutan kenyataan saya baru-baru ini, ramai pula yang hendak berkenalan. Saya sendiri tidak sedar, orang yang rapat dengan saya selama ini juga menaruh perasaan.
"Bukan sekadar telefon saya yang tidak henti-henti menerima panggilan dan penuh dengan mesej sedemikian, malah telefon ibu juga sama hebatnya. Ibu memang agak terkejut dengan keadaan berkenaan.
"Begitupun, saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mengambil serius perkara itu," katanya.
Sekalipun ramai yang menagih cintanya, si jelita yang mula dikenali menerusi drama Kayuhan Cinta ini mengaku belum ada jejaka istimewa bertakhta di hatinya.
"Kalau boleh, saya tidak mahu bercinta. Mungkin saya gadis yang yang berfikiran konvensional. Namun begitu, ini hanya pandangan peribadi saya.
"Bagi saya, kalau serius, lebih baik berfikir untuk ke tahap seterusnya. Cuma, kalau ditanya mengenai pilihan hati, saya suka lelaki lebih matang dan berusia.
"Walaupun tubuh saya nampak kecil, tetapi saya ada banyak pengalaman kerana sudah sedekad dalam industri seni," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post