Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Walaupun sudah bersalin, pelakon Nadya Syahera, 24, dan suaminya Fizul Nawi, 25, tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan majlis persandingan pada Mei depan.

Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Nadya yang juga pelakon drama bersiri popular Abang Bomba I Love You kini hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya itu pada April ini.

Nadya bernikah dengan Fizul tahun lalu selepas berkenalan menerusi Facebook. Selepas serasi antara satu sama lain, mereka segera melangsungkan pernikahan bagi mengelak fitnah apabila sering keluar dan bercuti bersama-sama.

“Nampak gayanya kami akan bersanding bertiga nanti. Pada majlis persandingan itu nanti akan turut diadakan majlis cukur jambul anak kami,” katanya.

 

Menurut pelakon ini, menerusi imbasan yang dilakukan dia bakal melahirkan bayi perempuan.

Nadya berkata, dia dan suami tidak mahu merahsiakan jantina bayi, malah sangat teruja apabila sudah mengetahui jantina zuriat sulung mereka itu.

“Tiada apa yang nak kami rahsiakan. Apa yang penting saya dan bayi yang dikandung ini sihat. Pada awal kehamilan saya mengalami muntah-muntah dan tidak boleh makan nasi serta ayam. Saya menggantikannya dengan mi, kuetiau atau roti.

“Apabila kandungan memasuki bulan keempat, alahan semakin kurang tetapi saya suka makan aiskrim pula. Setiap hari mesti nak aiskrim, kalau tak dapat rasa tidak senang duduk. Tak kisahlah apa jenis aiskrim pun,” katanya.

Nadya yang tinggal di Shah Alam akan bersalin di pusat perubatan swasta di sana. Dia akan dijaga ibunya yang datang dari Kedah dan turut mengupah bidan untuk menjaganya dengan bayi.

Nadya berkata, majlis persandingan mereka akan diadakan pada 20 Mei ini di Kedah, manakala di sebelah keluarga Fizul pula selepas Aidilfitri nanti di Kelantan.

“Pada Julai ini pula, kami akan mengadakan majlis sama di Kuala Lumpur dengan menjemput rakan artis dan kenalan kami. Pastinya ketiga-tiga majlis itu akan menjadi kenangan yang amat istimewa kerana kami bersanding bertiga,” katanya.

Dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat, Nadya juga kelihatan berseri-seri.

“Sebelum hamil saya malas nak ‘bersiap’ kecuali jika saya nak berlakon atau pergi ke acara hiburan tetapi sejak hamil, saya gemar bersolek.

“Kata orang tua-tua, kalau hamilkan anak perempuan, si ibu suka bergaya dan sebaliknya jika anak dalam kandungan lelaki,” katanya sambil ketawa.

Buat masa sekarang, Nadya berehat seketika daripada lakonan dan akan aktif semula selepas dia bersalin nanti.

“Selepas Abang Bomba I Love You, saya berlakon teater dan membuat pengacaraan,” katanya.

 

 

Sumber: Metro



Sumber Nadya Syahera tetap akan bersanding biarpun sudah mengandung 7 bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post