Selepas lebih sebulan berdiam diri, pelakon Hanez Suraya tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar rumah tangganya bersama Romie Razin yang didakwa berantakan.
Hanez ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila terlalu banyak spekulasi timbul selain cerita yang ditokok-tambah.
“Sebenarnya kami okay saja. Tak ada apa yang berlaku antara kami. Namun, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.
“Ingin dijelaskan, cerita yang kononnya saya nak kembali berlakon tapi suami tak izinkan menjadi punca pergolakan rumah tangga kami adalah tak benar sama sekali. Perkara itu tak pernah berlaku pun.
“Jadi, apabila terlalu banyak spekulasi, suami mula bertanya. Satu kerja pula lagi saya perlu menjelaskan kepadanya. Apa saya boleh katakan, jangan mudah percaya,” katanya kepada Harian Metro.
Hanez juga menjelaskan dia berdiam diri bukan sebab lari daripada pihak media, sebaliknya ingin memberi ruang kepada diri sendiri.
Terdahulu pergolakan rumah tangga pasangan ini mula tular sejak beberapa bulan lalu, namun ia reda apabila mereka bercuti ke Jepun.
Perkara itu kembali hangat apabila tersebar nama pelakon itu tersenarai dalam kes Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia setahun dua bulan.
Sumber: Metro
Sumber “Semua cerita tu tak betul, orang lain yang suka menokok tambah cerita seolah-olah mereka lebih tahu” – Hanez Suraya