2:23:00 PM

Pasukan peguam bela gabenor Jakarta dituduh menggunakan sihir untuk mempengaruhi perbicaraan kes menghina agama yang dihadapinya.

Kumpulan Basuki Tjahaja Purnama, popular dipanggil Ahok, didakwa menggunakan sihir untuk membuat pendakwa dan hakim mengantuk, lapor Jawa Pos semalam.

Ahok (kanan), melawat Lenggang Jakarta, ruang makan di tepi tugu popular Monas di ibu kota itu, 19 Mei 2015. — Foto ihsan Twitter/Ahok Basuki TPurnama

“Kita perhatikan ada satu orang yang selalu duduk di belakang saksi, selalu itu.

“Dan ada dua orang lagi pakcik dan makcik,” kata Syamsu Hilal, yang membuat aduan kes tersebut, dalam sidang media di sini.

Bagi menangkis “sihir” tersebut, Selasa lalu, kumpulan penentang Ahok membawa seorang pengamal perubatan yang dikenali ustaz Sahal, katanya lagi.

“Kita bukan takut, tapi [sihir] ini mengganggu pendakwa, mengganggu hakim,” kata Syamsu, yang menyaksikan ada “perubahan” pada perbicaraan tersebut.

Kehadiran ustaz berkenaan “terbukti ada perubahan” apabila “pendakwa yang biasanya mengantuk kali ini tidak terlalu”, katanya.

Ahok, mempertahankan jawatan tersebut, dituduh menista agama susulan kenyataannya yang memetik ayat al-Quran dalam kempennya di pulau Seribu, September lalu.

Pemimpin keturunan Cina yang beragama Kristian itu berdepan dua pencabar, Anies Baswedan dan Agus Harimurti Yudhoyono, pada pilihan raya ketua daerah bulan ini.

Dalam ucapan kempennya, Ahok meminta umat Islam agar tidak terpedaya dengan penentangnya yang menggunakan ayat 51 surah al-Maidah tersebut untuk menghalang umat Islam mengundinya.

Kenyataan tersebut mencetus demonstrasi ribuan umat Islam yang menolaknya, termasuk menggunakan unsur perkauman dan agama, di sini pada November lepas.

Sumber: Projek MMO



Sumber

0 comments:

Post a Comment

loading...