Penyanyi Ella Gagal Pujuk Suami
Ella pernah menyatakan keinginannya untuk berduet dengan suami, Azhar Ghazali dalam album terbaru Peace, Love, Rindu.
Namun, penyanyi ini memberitahu usahanya itu gagal kerana suaminya itu enggan berbuat demikian kerana tidak yakin dengan kebolehan nyanyiannya.
Tambah Ella lagi walaupun suaminya enggan berduet dengannya namundia akan terlibat dari segi sudut teknikal.
Sebenarnya, Azhar hebat bermain alat muzik.
Ini komen Ella:
"Selain boleh bermain alat muzik, suami saya sebenarnya boleh menyanyi dengan baik dan sebab itu saya mahu berduet dengannya dalam sebuah lagu untuk album baru.
"Bagaimanapun puas saya pujuk tetapi dia enggan kerana tidak yakin dapat melakukan dengan baik.
"Tetapi kita tengok bagaimana nanti, saya akan terus pujuk,"
"Album ini adalah projek istimewa dan saya mahu suami terlibat sama dan Alhamdulillah dari segi teknikal dia setuju untuk bekerjasama,"
Album berjudul Peace, Love, Rindu itu sempena dengan 30 tahun penglibatannya dalam bidang muzik.
Ella juga merancang untuk mengadakan sebuah konsert akustik berskala besar.
Sumber Penyanyi Ella Gagal Pujuk Suami
Tags:
BM