Rimas Dengar Tangisan, Lelaki Patahkan Kaki Bayi

SEORANG pekerja hospital didakwa telah mematahkan kaki seorang bayi kerana rimas mendengar tangisannya.

Pekerja lelaki itu melakukan kerja penyelenggaraan asas di wad kanak-kanak sebuah hospital swasta di Roorkee, negeri Uttarakhand, utara India.

Rimas Dengar Tangisan, Lelaki Patahkan Kaki Bayi

Rimas Dengar Tangisan, Lelaki Patahkan Kaki Bayi

Dalam rakaman CCTV yang diperoleh oleh penyiar India, Times Now, lelaki itu dilihat telah mengalihkan kedudukan bayi itu dan menyelak selimutnya sebelum kakinya dipatahkan dengan tangan.

Bayi lelaki itu, yang berusia tiga hari pada masa kejadian telah dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan, menurut aduan yang difailkan oleh si bapa.

Walau bagaimanapun kejadian itu dikatakan berlaku pada awal pagi 28 Januari, tetapi tidak segera dilaporkan kepada pihak polis.

Doktor hanya menyedari salah satu kaki bayi itu patah apabila dia dibawa ke sebuah hospital di Dehradun.

Sementara itu, suspek dilaporkan hilang dan setakat ini belum ditangkap.

Ketua polis tempatan, K V Krishnakumar memberitahu Indian Express bahawa siasatan telah dilancarkan.

-sumber metro UK

Sumber: Mstar



Sumber Rimas Dengar Tangisan, Lelaki Patahkan Kaki Bayi

Post a Comment

Previous Post Next Post