“Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

Kehadiran seorang ibu ke mahkamah majistret, di sini, hari ini, dan memaafkan anak yang mengugut mahu membunuhnya, meringankan hukuman yang diputuskan terhadap lelaki itu.

“Romoh aku nak bunuh mu” - Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

“Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

Majistret, Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh mengaku salah mengugut dengan menyatakan “Romoh aku nak bunuh mu” kepada ibunya, Rahimah Abdul Rahman, 52, di Kampung Terap, Banggu, di sini, jam 9 pagi, pada 10 Disember tahun lalu.

Nik Habri berkata, tertuduh bernasib baik kerana ibunya datang memberi keterangan impak secara lisan dan memaafkan tertuduh.

 

“Hari ini, kuasa ibu lebih besar daripada kuasa saya. Saya sangat mengambil serius kes seumpama ini dan akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah.

“Tujuannya, mengelak daripada ugutan tersebut menjadi perkara yang benar-benar berlaku. Saya beri amaran sekiranya berlaku lagi, hukuman penjara lebih lama akan dikenakan,” katanya.

Nik Habri berkata, hukuman itu juga mengambil kira tuduhan memiliki 0.4 gram dadah jenis metamphetamine yang dikenakan terhadap tertuduh pada masa dan lokasi yang sama.

Bagi tuduhan itu, Nik Habri turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 10 Disember tahun lalu.

Sumber: Sinar


Sumber “Romoh aku nak bunuh mu” – Ibu maafkan anak ugut bunuh, hakim ringankan hukuman

Post a Comment

Previous Post Next Post